Translate

Saturday, December 10, 2022

TDM lunas bayaran untung RM2.69 juta kepada LTAWNT

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kumpulan TDM Berhad telah melunaskan pembayaran keuntungan lebih RM2.69 juta kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT).

Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin berkata, pembayaran tersebut merupakan keuntungan yang diperolehi daripada usaha sama kedua-dua syarikat dalam pengurusan ladang kelapa sawit bagi tahun kewangan 2021.

“TDM Plantation Sdn. Bhd. telah diberi tanggungjawab menguruskan 1,336 hektar  ladang kelapa sawit milik LTAWNT yang terletak di Ladang Air Putih, Kemaman sejak tahun 1996.

“Perusahaan ladang kelapa sawit itu telah mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan biarpun berdepan ketidaktentuan pasaran, kekurangan buruh, dan pandemik Covid-19 pada tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan bayaran keuntungan tersebut  kepada Setiausaha LTAWNT, Nor Azam A. Rahman @ Yusof di sini.

Najman menjelaskan, keuntungan usaha sama yang dijana antara TDM dan LTAWN pada tahun lalu lebih tinggi berbanding RM1.9 juta pada tahun 2020.

Tambah beliau, peningkatan pembayaran keuntungan berkenaan mencerminkan keupayaan TDM dalam menguruskan aset dan perniagaan terutama dalam segmen perladangan.

“Ia juga bukti komitmen syarikat dalam memberikan pulangan yang mampan bagi setiap pelaburan diamanahkan.

 “Kami optimis terus menjana pembayaran perkongsian keuntungan yang lebih besar bagi tahun-tahun kewangan mendatang,” katanya. -KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment