Translate

Friday, December 16, 2022

Banjir: 61 mangsa di Hulu Terengganu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu kembali meningkat kepada 61 orang daripada 13 keluarga.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat ini hanya daerah Hulu Terengganu dilanda banjir sejak lewat petang semalam.

Beliau berkata, dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka setakat ini di daerah itu ialah Balai Raya Kampung Kemat dan Balai Raya Kampung Tapah.

“Seramai 35 mangsa daripada 10 keluarga berada di PPS Balai Raya Kampung Kemat yang mula beroperasi pada pukul 6 petang semalam.

“PPS Balai Raya Kampung Tapah pula mempunyai 26 mangsa daripada tiga keluarga,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, langkah berjaga-jaga diambil memandangkan hujan masih turun di beberapa tempat di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment