Translate

Saturday, December 31, 2022

Banjir: 53 mangsa kekal di PPS Masjid Kampung La

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Situasi banjir di Terengganu pagi ini tidak jauh berubah berbanding semalam dengan 53 mangsa kekal berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, kesemua mangsa daripada 12 keluarga itu berada di PPS Masjid Kampung La, Besut.

“Kampung La yang terletak di Hulu Besut merupakan satu-satu penempatan yang masih pulih daripada banjir di Terengganu.

“53 penduduk kampung itu sudah ditempatkan di PPS Masjid Kampung La sejak 18 Disember lalu,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan sebahagian besar mereka tidak dapat pulang ekoran rumah masing-masing rosak teruk dalam kejadian banjir besar terbabit.

Proses pembaikan sedang dilakukan namun sembilan rumah penduduk tidak dapat diselamatkan dengan sebahagiannya dihanyutkan arus deras banjir.

Banjir besar yang melanda Terengganu mulai 17 Disember lalu menjejaskan lebih 41,000 rakyat di semua lapan daerah di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment