Translate

Sunday, December 18, 2022

Banjir: 537 mangsa di 7 PPS seluruh Terengganu

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Situasi banjir di Terengganu semalam tidak banyak berubah dengan 537 mangsa masih ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Setiu telah pulih daripada banjir dengan kedua-dua PPS telah ditutup.

Beliau berkata, seramai 46 mangsa daripada 14 keluarga telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat sehingga pukul 1 tengah hari tadi.

“Kemaman kekal daerah paling terjejas melibatkan 279 mangsa yang ditempatkan di tiga PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kemasik, Dewan Abd. Rahman Limbong dan SK Kampung Baru Kerteh.

“Kuala Nerus pula mempunyai dua PPS dengan 215 mangsa masih berlindung di dalamnya,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, seramai 43 mangsa daripada 15 keluarga masih berada di dua PPS di Kuala Terengganu.

Tambah beliau, langkah berjaga-jaga masih diambil kerana hujan masih turun di beberapa lokasi di Terengganu. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment