Translate

Friday, December 16, 2022

Banjir: Hulu Terengganu pulih, Kuala Terengganu pula terjejas

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Daerah Hulu Terengganu yang dilanda banjir semalam pulih sepenuhnya sebentar tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, kesemua mangsa yang sebelum ini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Kemat telah dibenarkan pulang rumah masing-masing.

“PPS tersebut ditutup pada pukul 2 petang tadi setelah banjir di perkampungan berkenaan didapati surut sepenuhnya.

“Begitupun, daerah Kuala Terengganu pula dilanda banjir dengan setakat ini satu PPS telah dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, seramai 37 mangsa daripada 10 keluarga kini ditempatkan di PPS SK Atas Tol berkenaan.

Sebahagian mangsa banjir terbabit yang menetap sekitar mukim Atas Tol di sini baru pulang rumah mereka pada pukul 1 tengah hari semalam.

“Langkah berjaga-jaga terus diambil memandangan cuaca di seluruh Terengganu masih mendung,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment