Translate

Sunday, December 18, 2022

Banjir: Mangsa di Terengganu meningkat kepada 599 orang

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu hari ini meningkat kepada 599 orang daripada 154 keluarga melibatkan empat daerah.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Kemaman menjadi daerah terbaharu dilanda banjir dengan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.

“Seramai 284 mangsa daripada 68 keluarga telah berpindah di tiga PPS berkenaan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kemasik, Dewan Abd. Rahman Limbong dan SK Kampung Baru Kerteh.

“Dua PPS dengan 209 mangsa daripada 52 keluarga pula dibuka di Kuala Nerus,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, seramai 60 mangsa daripada 20 keluarga berada di dua PPS di Kuala Terengganu.

Tambah beliau, Setiu pula mempunyai dua PPS yang menempatkan 46 mangsa daripada 14 keluarga.

“Langkah berjaga-jaga terus diambil memandangkan hujan masih turun di beberapa lokasi di negeri ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment