Translate

Saturday, December 31, 2022

Pasangan guru saman individu langgar lari anak hingga maut

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Pasangan guru memfailkan saman sivil terhadap seorang bekas pengetua sebuah sekolah di daerah ini yang didakwa melanggar lari anak lelaki tunggal mereka pada dua tahun lalu di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Plaintif iaitu Muhamad Sardi Saad, 46, dan isterinya, Fadilah Abd. Wahab, 50, memfailkan saman sivil berkenaan bagi menuntut bela kematian anak lelaki tunggal mereka, Ahmad Faiq Shauqi yang meninggal dunia pada 1 Disember 2020.

Dua defendan dinamakan iaitu seorang lelaki berusia 61 tahun dan isterinya berumur 46 tahun yang merupakan pemilik kenderaan terlibat dalam kemalangan tersebut.

Muhammad Sardi berkata, motosikal Yamaha Lagenda ditunggangi arwah anaknya, Ahmad Faiq Shauqi yang ketika kejadian berusia 19 tahun telah bertembung dengan kereta Perodua Myvi dipandu defendan pertama.

Kemalangan tersebut berlaku di persimpangan berhampiran Perpustakaan Desa Kampung Amir di sini, pada pukul 8.30 malam, 30 Oktober 2020.

Beliau berkata, anak sulungnya berkenaan yang cedera parah kemudiannya meninggal dunia selepas 32 hari menjalani rawatan di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

“Kami suami isteri kesal kerana defendan yang merupakan kenalan kami tidak menunjukkan tanggungjawab dengan membiarkan begitu sahaja anak kami (Ahmad Faiq Shauqi) yang cedera parah di tepi jalan.

“Sampai hari ini, dia (defendan pertama) tidak pernah meminta maaf apatah lagi menunjukkan simpati terhadap kematian arwah anak kami yang disebabkan perbuatannya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Besut di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment