Translate

Saturday, December 17, 2022

Banjir: Terengganu semakin pulih, tinggal 69 mangsa

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir di Terengganu semakin pulih dengan hanya 69 mangsa daripada 22 keluarga masih berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, hanya tiga daerah masih terjejas dengan banjir iaitu Kuala Terengganu, Besut dan Setiu.

Beliau berkata, tiga daerah lain iaitu Kemaman, Kuala Nerus dan Dungun pula telah pulih sepenuhnya daripada banjir semalam.

“Seramai 55 mangsa daripada 18 keluarga masih berada di PPS SK Atas Tol, Kuala Terengganu.

“Besut pula mempunyai 12 mangsa daripada tiga keluarga yang masih ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Pantai,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, hanya satu PPS masih dibuka di Setiu iaitu Surau Kampung Nyatoh dengan dua mangsa daripada satu keluarga.

“Cuaca di sebahagian besar kawasan di Terengganu hari ini dilaporkan mendung,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment