Translate

Friday, December 16, 2022

Banjir: Mangsa Terengganu kekal 37 orang

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu kekal 37 orang daripada 10 keluarga di daerah ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol di sini.

“Kesemua mangsa tersebut kembali memasuki PPS berkenaan pada 4 petang semalam.

“SK Atas Tol merupakan satu-satunya PPS yang masih beroperasi di Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, setakat ini, cuaca mendung di sebahagian besar negeri ini. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment