Translate

Thursday, December 22, 2022

Cuaca baik, mangsa di PPS mula berkurang

PETALING JAYA – Mangsa banjir yang tinggal di pusat pemindahan banjir beberapa di buah negeri semakin berkurangan ekoran keadaan cuaca bertambah baik sejak semalam. 

Di Pasir Mas, Kelantan, jumlah mangsa banjir di daerah ini dan Rantau Panjang, seramai 2,018 orang daripada 635 buah keluarga masih ditempatkam di tujuh PPS. 

Pegawai Pengurusan Bencana dan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Kapten Mohd. Hanif Omar berkata, situasi banjir di Pasir Mas dan Rantau Panjang ketika ini terkawal apabila tiada lagi air limpahan Sungai Golok masuk ke kawasan tersebut. 

Jelasnya, penduduk yang berpindah ke PPS terdiri daripada mangsa banjir termenung apabila air tidak surut daripada kawasan rumah mereka. 

Di Terengganu, jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, tiga PPS yang masih beroperasi sebelum ini telah ditutup secara berperingkat sehingga pukul 12 tengah hari. 

“Sekolah Kebangsaan Atas Tol, Kuala Terengganu menjadi PPS terakhir ditutup pada pukul 12 tengah hari tadi (semalam).

 “Semua 55 mangsa daripada 18 keluarga yang berada di PPS itu sebelum ini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya. 

Dalam pada itu di Pahang, Pengarah APM Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, pada masa ini daerah Temerloh merekodkan jumlah terbanyak iaitu seramai 181 mangsa daripada 43 keluarga ditempatkan di PPS SMK Seri Semantan. 

“Di daerah Bera pula seramai 26 mangsa daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kerayong dan PPS SK Seri Buntar, manakala di Pekan seramai 146 mangsa daripada 36 keluarga ditempatkan di PPS SK Sinar Mutiara. 

Sementara itu, di Johor, seramai 47 mangsa daripada 18 buah keluarga dipindahkan ke dua PPS di Kota Tinggi.

 Pegawai Daerah Kota Tinggi, Datin Paduka Haslina Jalil berkata, dua PPS dibuka melibatkan PPS Dewan Muafakat Bandar Penawar dan Dewan Kampung Baru Sungai Mas.

No comments:

Post a Comment