Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan kembali Darjah Kebesaran Negeri Terengganu kepada Menteri Besar, Ahmad Razif Abd. Rahman.
Kurniaan tersebut membawa gelaran Datuk Seri.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu semalam.
Kenyataan itu berbunyi: “Setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu adalah dimaklumkan Ke bawah Duli Maha Mulia Sultan telah mengampuni perkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin kepada Yang Amat Berhormat Haji Ahmad Razif Abd. Rahman berkuat kuasa mulai hari ini (semalam).
Darjah kebesaran kepada Ahmad Razif ditarik balik pada 22 April lalu.
Ahmad Razif dikurniakan Darjah Datuk Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada 2012 serta Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Datuk Seri pada April 2015.
Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014.
No comments:
Post a Comment