Translate

Friday, December 30, 2016

Banjir Kemaman pulih sepenuhnya

KUALA TERENGGANU - Banjir yang melanda daerah Kemaman sejak Isnin lalu pulih sepenuhnya hari ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Che Adam A. Rahman berkata, dua pusat pemindahan yang dibuka sebelum ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badrul Alam Shah, Kemasik dan Balai Raya Padang Kemunting, Kijal telah ditutup sepenuhnya mulai pukul 9.20 pagi tadi.
"Seramai 89 mangsa yang ditempatkan di kedua-kedua pusat pemindahan tersebut telah pulang ke rumah masing-masing yang terletak di sekitar Kemasik dan Kijal, Kemaman," katanya kepada Kosmo! hari ini. K! ONLINE

No comments:

Post a Comment