Translate

Monday, December 19, 2016

91 calon PT3 SMKA Dato' Haji Abbas peroleh 11A

KUALA NERUS - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato' Haji Abbas di sini muncul antara sekolah terbaik di Terengganu selepas 91 calon mencapai semua A dalam keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan hari ini.
Pengetua SMKA Dato' Haji Abas, Awang Abdullah @ Sulong berkata, ia merupakan peningkatan hampir tiga kali ganda berbanding 33 calon sekolah itu yang memperolehi 11A pada tahun lalu.
"Gred Purata Sekolah (GPS) juga meningkat kepada 1.19 berbanding 1.37 pada tahun 2015.
"Seramai 261 calon mengambil PT3 pada peperiksaan pada tahun ini," katanya. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment