Translate

Sunday, December 25, 2016

RM10 juta kabel komunikasi dicuri setiap tahun

HULU TERENGGANU – Kes kecurian kabel komunikasi termasuk jalur lebar di negara ini agak membimbangkan dengan kerugian dianggarkan mencecah RM10 juta setahun.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, kes kecurian terbabit merupakan antara kekangan yang perlu dihadapi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam usaha untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar di seluruh negara.
"Kita kesal dengan kecurian kabel tersebut. Harap dapat kerjasama daripada pihak berkuasa, pihak berkuasa tempatan dan penduduk setempat bagi memastikan kadar kecurian kabel terbabit dapat dikurangkan.
"Pada masa ini, kadar penembusan jalur lebar di seluruh negara ialah 76.8 peratus," katanya selepas merasmikan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Chapu, Hulu Telemong di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment