Translate

Thursday, December 22, 2016

Pekerja pusat penapisan petroleum maut di LPT2

Oleh MOHD. AZLI ADLAN


HULU TERENGGANU - Seorang kakitangan sebuah pusat penapisan petroleum maut selepas kereta Perodua Viva yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 380, LPT2 berhampiran Ajil di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, Mohd. Hanapi Mohammad, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sewaktu kejadian, Mohd. Hanapi dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kerteh, Kemaman selepas pulang bercuti di rumah keluarganya di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, Kuala Nerus.
"Sewaktu melalui lokasi kejadian, kereta yang dipandu mangsa bersendirian tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah lori membawa muatan kayu.
"Rempuhan itu kemudiannya menyebabkan kereta Perodua Viva dipandu Mohd. Hanapi terbabas ke laluan kiri lebuh raya terbabit," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment