Translate

Monday, December 5, 2016

Fatimah Collection gedung batik digital Terengganu

TERENGGANU sememangnya terkenal dengan perusahaan batik yang cantik dan bermutu tinggi.

Salah satu pemborong kain batik digital utama dan tersohor di negeri Pantai Timur tersebut ialah Fatimah Collection.

Pengurus Besarnya, Zubir Thamizudeen berkata, Fatimah Collection yang beribu pejabat di Jalan Bandar, Kampung Cina, Kuala Terengganu menyediakan lebih 100 rekaan kain pasang batik digital yang boleh secara runcit dan borong.

Beliau berkata, empat material kain yang dijual di premisnya ialah Swiss Crepe, Premium Royal, Silky Crepe dan Pure Crepe.

"Antara rekaan yang paling mendapat sambutan hangat di kalangan pelanggan ialah Dolce Pucci Exclusive by ANR.

"Ia digemari ramai kerana coraknya menarik, materialnya lembut, selesa dipakai, warnanya tidak mudah luntur dan boleh dicuci dengan mesin basuh," ujarnya.

Zubir berkata, Dolce Pucci Exclusive by ANR yang diperbuat daripada kain Swiss Crepe sesuai dibuat tudung dan persalinan baju.

Menurut beliau, sepasang kain pasang Dolce Pucci Exclusive by ANR boleh menghasilkan sekurang-kurang empat helai tudung.

"Harganya di Fatimah Collection juga boleh dikatakan termurah iaitu RM60 sepasang yang mengandungi empat meter.

"Pelanggan juga boleh membeli kain itu dengan harga lebih murah secara borong menerusi pembelian lima pasang ke atas," katanya.

Zubir berkata, harga bagi sekodi kain Dolce Pucci Exclusive yang mengandungi 20 pasang ialah RM800.

Menurut beliau, antara keunikan kain Dolce Pucci Exclusive by ANR ialah corak rekaannya akan ditukar pada setiap minggu.

"Fatimah Collection juga menjual kain jenis lain yang dijual pada harga RM40 hingga RM100 sepasang.

"Selain itu, kami juga mempunyai 30 pekerja yang mahir dalam pemasangan manik pada kain. Manik yang digunakan diperbuat daripada batu kristal berkualiti tinggi dan harganya berpatutan," katanya.

Zubir berkata, selain ibu pejabat di Kampung Cina, syarikatnya juga mempunyai dua cawangan lain di Pasar Payang dan Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu.

Beliau berkata, cawangan di Jalan Tok Lam dikenali sebagai Rifka Collection.

"Kain batik digital keluaran Fatimah Collection telah mendapat sambutan hangat termasuk di Brunei dan Singapura.

"Pembelian juga boleh dilakukan secara pengeposan. Maklumat lanjut boleh menghubungi Zubir di talian 011-29281616," katanya.

No comments:

Post a Comment