Translate

Saturday, December 31, 2016

Hulu Terengganu dan Marang dilanda banjir


MOHD. AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU - Hujan lebat lebih lapan jam sejak tengah malam tadi menyebabkan beberapa lokasi di daerah ini dan Marang mula ditenggelami banjir.
Jurucakap Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu berkata, antara kawasan yang dilanda banjir ialah Kampung Bukit Ara, Ajil, Kampung Tok Lawit dan Kuala Ping, Kuala Berang dekat sini.
Kampung Lubuk Pandan, Wakaf Tapai dan Kampung Pantai Ali, Bukit Payong, Marang juga turut ditenggelami banjir.
Setakat ini, agensi terlibat iaitu APM Terengganu dan Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang bertungkus-lumus untuk membawa penduduk kawasan terlibat ke pusat-pusat pemindahan yang bakal dibuka.
Sementara itu, Sungai Telemong di Kuala Ping dekat sini sudah berada paras bahaya dengan air mencecah 20.36 meter berbanding 19.70 meter pada paras normal.
Sungai Marang berhampiran Pengkalan Berangan, Marang; Sungai Chalok, Setiu dan Sungai Keruak, Besut pula didapati berada pada paras berjaga-jaga. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment