Translate

Sunday, December 18, 2016

Suami isteri kudung kaki digilis kereta

KUALA NERUS – Sepasang suami isteri mengalami kemalangan mengerikan apabila kedua-dua kaki kanan mereka putus selepas motosikal ditunggangi  dirempuh sebuah kereta Honda Civic di Jalan Tengku Mizan berhampiran sebuah stesen minyak di Bukit Tunggal di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, kaki kanan Mohd. Isa Mohd. Shariff, 43, dan isterinya, Sharifah Shalwani Syed A. Rahim, 35, putus selepas digilis kereta terbabit yang terbabas dipercayai selepas salah satu tayarnya pecah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, sewaktu kejadian Mohd. Isa dan isterinya dalam perjalanan ke Batu Enam di sini dari  Kuala Terengganu.

“Pemandu kereta Honda Civic itu juga dari Kuala Terengganu dan menuju ke Bukit Tunggal di sini.

“Sewaktu melalui lokasi kejadian, salah satu tayar hadapan keretanya tiba-tiba meletup hingga menyebabkannya terbabas lalu merempuh motosikal Yamaha LC yang ditunggangi suami isteri terbabit yang berada di sebelahnya,” kata beliau.

No comments:

Post a Comment