Translate

Friday, December 2, 2016

Pengedar pil kuda dikehendaki diberkas

KUALA TERENGGANU - Seorang buruh dipercayai pengedar pil kuda dikehendaki di daerah ini berjaya diberkas dalam serbuan di sebuah rumah di Mengabang Lekor, Batu Rakit dekat sini semalam.
Dalam serbuan pada pukul 12 tengah hari tersebut, suspek berusia 25 tahun berjaya ditahan ketika cuba menyorok di dalam sebuah bilik di dalam rumah tersebut.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab. Rahman berkata, lelaki tersebut telah cuba dijejak polis sejak awal bulan ini kerana disyaki terlibat aktif dalam pengedaran pil kuda di daerah ini.
"Dia dikesan menjual pil kuda terbabit dalam bentuk kandang. Setiap kandang mengandungi 200 biji pil kuda.
"Suspek yang ditahan kemudiannya menunjukkan tiga paket plastik berwarna biru mengandungi 576 biji pil berwarna merah dan hijau disyaki dadah jenis methamphetamine yang disorokkan di dalam pembesar suara diletakkan di tepi dinding sebuah bilik di rumah berkenaan," pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment