HULU TERENGGANU – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan seorang pemuda yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada laman Facebooknya baru-baru ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, siasatan tetap diteruskan biarpun individu terbabit telah membuat permohonan maaf di laman Facebooknya yang menggunakan nama Mohd. Faiz kelmarin.
“SKMM akan melakukan tindakan penguatkuasaan sekiranya kenyataannya terbukti berbaur fitnah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Chepu, Hulu Telemong di sini semalam.
Pemuda dikenali sebagai Mohd. Faiz yang dipercayai aktivitis pembangkang mendapat kritikan banyak pihak ekoran kenyataannya mempertikaikan peribadi Yang Dipertuan Agong pada laman Facebooknya baru-baru ini.
Ekoran itu, dia telah membuat permohonan maaf atas ketelanjurannya di laman Facebook sama kelmarin.
No comments:
Post a Comment