Translate

Saturday, December 10, 2016

Polis tahan lelaki mengamuk mahu ceroboh rumah sepupu

KUALA TERENGGANU - Perbuatan seorang lelaki mengamuk tanpa sebab di rumah sepupunya di Kampung Gerai Tua, Jertih, Besut sebanyak lima kali pada hujung minggu lalu membawa padah apabila dia ditahan polis kelmarin.
Dalam kejadian dari pukul 5 petang, Sabtu lalu hingga 8.30 pagi kelmarin, lelaki berusia 41 tahun tersebut membawa sebilah pedang sambil mengugut mahu memecah masuk rumah tersebut dengan pelbagai alasan pelik.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rawi berkata, seorang suri rumah yang juga anak saudara perempuan suspek mendakwa, lelaki itu telah mendatangi bahagian hadapan rumah itu yang juga kedai runcit milik keluarganya sambil memegang sebilah pedang pada pukul 5 petang, Sabtu lalu.
Beliau berkata, niat suspek mahu memasuki rumah sepupunya itu telah dihalang oleh wanita berusia 20 tahun tersebut yang bimbang dengan keselamatan diri setelah melihat lelaki itu memegang sebilah pedang.
"Suspek yang beredar muncul semula dua jam setengah kemudian dan memberitahu mahu mencari individu bernama Mamat di dalam rumah pengadu. Pengadu pelik kerana tiada orang bernama Mamat menghuni rumah tersebut.
"Selepas itu lelaki itu bertanya pula sama ada isteri berada di dalam premis itu sebelum beredar," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment