Translate

Sunday, December 11, 2016

Pencari udang dakwa tinggal di sebuah pulau

KUALA TERENGGANU – Seorang pencari udang, Muhamad Anuar Elias, 34, yang ditemui di bawah sebatang pokok rengas selepas ghaib secara misteri selama 13 hari masih keliru dan bingung dengan pengalaman yang dilaluinya.

Ibu mangsa, Aishah Noh, 53, berkata, anaknya yang ditemui salah seorang rakannya yang menjala udang di tebing Sungai Terengganu tidak banyak bercakap sebaik dibawa pulang ke rumah­nya di Kampung Losong Datuk Amar di sini pada pukul 8 malam kelmarin.

“Anak saya sekadar mendakwa berada di sebuah pulau berhampiran sepanjang tempoh hampir dua minggu ini. Namun dia tidak menjelaskan lokasi pulau tersebut dan apa yang berlaku sepanjang kehilangannya,” kata Aishah kepada pemberita di sini semalam.
Aishah berkata, dia menyalin baju Anuar sebelum meminta bantuan beberapa penduduk kampung menghantar anaknya yang mengalami luka-luka di beberapa anggota badan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk menerima rawatan lanjut.

Aishah memberitahu, sebelum ini, dia telah membuat laporan di Balai Polis Pusat Chabang Tiga di sini selepas kelibat Anuar tiba-tiba hilang selepas kali terakhir dilihat tidur di sebuah pondok di tebing Sungai Terengganu pada pukul 3 pagi 27 November lalu.

Menurutnya, sekiranya Anuar tidak pulang ke rumah, anaknya itu memang tidur di pondok itu terutama selepas menjala udang di Sungai Terengganu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Sufian Sulaiman mengesahkan penemuan Anuar tetapi belum mengetahui punca dia tidak pulang ke rumah selama hampir dua minggu.

No comments:

Post a Comment