Translate

Sunday, December 18, 2016

SKMM siasat pemuda hina Yang di-Pertuan Agong XV

HULU TERENGGANU – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan seorang pemuda didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V pada laman Facebooknya baru-baru ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, siasatan tetap diteruskan biarpun individu terbabit telah membuat permohonan maaf di laman Facebooknya yang menggunakan nama Mohd. Faiz pada semalam.
"Walaupun dia telah memohon maaf, siasatan masih diteruskan.
"SKMM akan melakukan tindakan penguatkuasaan sekiranya kenyataannya terbukti berbaur fitnah dan sebagainya," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Chapu, Hulu Telemong di sini hari ini.
Sebelum ini, pemuda yang dikenali sebagai Mohd. Faiz telah memuat naik kenyataan yang mempertikaikan peribadi Sultan Muhammad V sebagai Yang Dipertuan Agong XV pada laman Facebooknya.
Begitupun, dia telah membuat permohonan maaf atas ketelanjurannya di laman Facebook sama selepas mendapat kritikan keras daripada orang ramai dan netizen. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment