Translate

Saturday, December 17, 2016

Enam sekeluarga maut di LPT2

KEMAMAN - Enam maut manakala empat cedera parah setelah kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 288.6, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Chukai di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, salah satu tayar kenderaan pelbagai guna, Hyundai Starex dipandu Ahmad Nasal Abdul Rahman, 52, dipercayai tiba-tiba meletup sebelum terbabas lalu merempuh tembok jejambat susur keluar Plaza Tol Chukai.
Rempuhan itu menyebabkan anak Ahmad Nasal, Quratulnisa, 11 dan Ahmad Nijat, 9, abangnya, Ahmad Razif, 63, dan isteri, Pauziyah Awang, 56, serta cucunya, Sofea Adriana Shahruddin, 7, maut di lokasi kejadian.
Seorang lagi kakak ipar Ahmad Nasal, Mahani Ngah, 42, pula meninggal dunia sewaktu sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kemaman di sini.
Mangsa yang cedera ialah Ahmad Nasal dan tiga anaknya, Ahmad Shakir, 12, Ahmad Mukriz dan Quratul Ain, 14.
Difahamkan, kesemua mangsa yang berasal dari Seksyen 17, Shah Alam, Selangor baru pulang daripada menghadiri kenduri perkahwinan sebelum bertolak ke Kuala Terengganu untuk bercuti dan melawat ahli keluarga yang belajar di Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus dekat sini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment