Translate

Wednesday, December 14, 2016

Dua pencari kayu maut dihempap pokok


Oleh MOHD. AZLI ADLAN


SETIU - Dua pencari kayu maut selepas khemah sementara yang didiami mereka dipercayai dihempap pokok di Bukit Layat, Kuala Nerus dekat sini hari ini.
Kejadian yang menimpa Khairullah Samad, 22, dan Mohd. Zuki Ismail, 39, disedari beberapa pencari kayu lain pada kira-kira pukul 2 petang.
Abang Khairullah, Mahassan, 59, berkata, dia mengetahui nasib menimpa adik bongsunya dan rakannya pada pukul 3 petang.
"Adik saya dan rakannya memasuki hutan Bukit Layat, Kuala Nerus untuk mencari kayu untuk membuat produk perabot kelmarin," katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Bukit Larat di sini hari ini.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mohd. Izani Zakaria berkata, sembilan anggota dari balai bomba dan penyelamat telah pergi ke lokasi terbabit dengan menaiki sebuah bot.
"Usaha untuk membawa keluar kedua-dua mangsa dari kawasan hutan itu sedang diusahakan.
"Perjalanan ke lokasi terbabit memakan masa kira-kira dua jam dengan menaiki bot dan berjalan kaki dari Kampung Bukit Layat di sini," katanya. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment