MARANG – Majlis Daerah Marang (MDM) mengesahkan lot premis di Kompleks Telaga Mengkudu, Bukit Payong di sini telah disewakan kepada Persatuan Jaringan Islam Global Masa Depan bagi dijadikan pusat pembelajaran bagi kanakkanak Rohingya sejak tahun 2020.
Jurucakap Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MDM berkata, Persatuan Jaringan Islam Global Masa Depan merupakan badan bukan kerajaan (NGO) sah yang diiktiraf Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
“Premis di Kompleks Telaga Mengkudu itu disewa sebagai pusat pendidikan bagi komuniti pelarian berdaftar di bawah UNHCR.
“Persatuan Jaringan Islam Glo bal Masa Depan juga mendapat dana sokongan melaksanakan program pendidikan asas kepada kanak-kanak pelarian yang tidak mempunyai akses kepada sistem pendidikan formal daripada UNHCR,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Kosmo! Ahad lalu melaporkan sebuah lagi premis yang dipercayai dijadikan pusat pembelajaran kanak-kanak etnik Rohingya di Kampung Tela ga Meng kudu, Bukit Payong, di sini menutup operasi sejak 7 Jun lalu akibat ditularkan media sosial.
Jurucakap Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MDM berkata, berdasarkan pemantauan, NGO terbabit menjalankan aktiviti pembelajaran asas serta pembangunan sahsiah dan kesejahteraan kanakkanak pelarian terbabit.
Beliau berkata, sepanjang tem poh hampir enam tahun itu juga, semua prosedur, syarat dan peraturan ditetapkan juga didapati sentiasa dipatuhi.

No comments:
Post a Comment