Translate

Thursday, June 4, 2026

Bah makin buruk

KUALA TERENGGANU - Hujan lebat luar biasa sejak Selasa lalu telah menenggelamkan tujuh daerah sekali gus menyebabkan banjir gelombang pertama di negeri ini semakin memburuk dengan lebih 12,000 dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).  

Setakat pukul 5 petang semalam, sebanyak 8058 melibatkan 2,485 keluarga telah dipindahkan ke 195 PPS termasuk di Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan Marang.

 Sebanyak 31 laluan telah ditutup kepada lalu lintas termasuk Jalan Kenyir-Aring, Hulu Terengganu antara kilometer 187 hinggn 189 ekoran runtuhan dan mendapan tanah. 

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu, Dr. Hasli Ibrahim berkata, jalan raya yang terjejas itu melibatkan Besut, Hulu Terengganu, Setiu, Kemaman dan Dungun.

" Jalan yang tenggelam ialah di Besut dan Hulu Terengganu manakala laluan yang ditutup pula di Setiu, Dungun dan Kemaman. 

"Pengguna dinasihatkan mematuhi arahan dan mengikuti hluan alternatif dicadangkan JKR serta tidak mengambil risiko meredah laluan dinaiki air. Kami turut memantau keselamatan pengguna di lapangan," katanya. 

Di Kemaman, tujuh pekerja adang termasuk seorang wanita dan dua lelaki Bangladesh terperangkap hampir tiga jam di dalam ladang sawit di Kampung Batu Putih, Kerteh di sini sebekum diselamatkan bomba pada pukul 8 malam kelmarin. 

Ketua Balai Bomba dan Реnyelamat Kerteh, Khairulhasni Mokhtar berkata, mangsa masuk ke ladang itu untuk bekerja pada waktu pagi sebelum gagal keluar ekoran air sungai melimpah.

 "Ladang itu tenggelam hingga satu meter. Mereka dikeluarkan menggunakan taliyang direntang untuk mengharungi banjir. 

"Kerja menyelamat agak mencabar kerana arus deras," katanya. 

Di Kuala Terengganu, Pеngarah Pendidikan Terengganu. Jelani Sulong berkata, sebanyak 18 buah sekolah di Hulu Terengganu, Kemaman, Dungun dan Setiu terpaksa ditutup ekoran banjir buruk.

No comments:

Post a Comment