Translate

Thursday, June 18, 2026

Lebur RM570,000 ditipu scammer skim pelaburan

 KUALA TERENGGANU- Wang simpanan dan pencen seorang pesara guru wanita berjumlah RM570,000 lebur gara-gara terperdaya dengan skim pelaburan jual beli emas tidak wujud disyaki didalangi sebuah koperasi yang berpangkalan di sebuah negeri di Pantai Timur. 

Mangsa berusia 59 tahun yang menyedari tertipu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 12.55 tengah hari kelmarin.

 Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pada mulanya, wanita tersebut tertarik dengan tawaran pulangan dividen antara lapan hingga 15 peratus setahun menyertai koperasi itu pada 29 Disember 2021. 

Beliau berkata, tambah meyakinkan mangsa, koperasi tersebut dikatakan sering menaja program-program keagamaan yang disiarkan di kaca televisyen pada tahun tersebut. 

"Mangsa mendakwa telah melakukan pelaburan jual beli emas yang diuruskan anak syarikat koperasi terbabit menerusi 17 transaksi ke dalam dua akaum bank berasingan. Transaksi pelaburan bernilal keseluruhan RM620,000 tersebut dilakukan antara bulan Disember 2021 hingga Julal 2022" katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. 

Azli berkata. wanita itu bagaimanapun kecewa apabila pelaburan besar dilakukan tidak mendatangkan keuntungan besar sekurang-kurangnya lapan peratus seperti dijanjikan. 

Tambah beliau, sebaliknya mangsa mendakwa hanya menerima keuntungan RM50,000 sepanjang tempoh kira-kira tiga tahun tersebut. 

"Dia yang merasa tertipu kerana wang simpanan peribadi dan pencen banyak dilaburkan dalam skim pelaburan jual beliemas terbabit.  

"Setakat ini, dua laporan polisberhubung dakwaan penipuan melibatkan skim pelaburan sama ditawarkan koperasi sama telah diterima." katanya. 

Azli berkata, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment