Translate

Monday, June 15, 2026

Gelombang pertama banjir bermula

 

Oleh MOHD.AZLI ADLAN dan NOOR HAYATI MAMAT 

KUALA TERENGGANU - Banjir gelombang pertama musim teng kujuh mula melanda Terengganu kelmarin berikutan hujan lebat berlarutan selama lebih 14 jam yang menjejaskan lima daerah di negeri ini. 

Kemaman menjadi daerah pertama dinaiki air bermula pukul 2 petang kelmarin sebelum diikuti empat daerah lain iaitu Hulu Terengganu, Setiu, Marang dan Dungun. 

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat pukul 2 petang semalam, seramal 2,831 mangsa daripada 713 keluarga telah ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah terbabit. 

Kemaman menjadi daeah paling terjejas dengan 2,620 mangsa daripada 656 keluarga berada di lima PPS Seramai 121 mangsa daripada 32 keluarga pula berada di enam PPS di Hulu Terengganu, katanya di sini semalam.

Kata kenyataan itu, PPS Asrama Sekolah Menengah Ke bangsaan (SMK) Langkap, Setiu pula menempatkan 69 mangsa daripada 19 keluarga. 

Ujarnya, Marang pula mempunyai 13 mangsa daripada empat keluarga di PPS Wakaf Tapai. "Seramai lapan mangsa daripada dua keluarga pula berada di PPS Dewan Sivik Paka, Dungun dekat sini.

Beberapa kawasan di negeri ini pada masa ini masih diland hujan," katanya. 

Dalam pada itu di Hulu Terengganu, dekat sini seorang wanita warga emas yang uzur terpaksa dibantu dibawa keluar dari rumahnya yang ditenggelami air menggunakan kenderaan pacuan empat roda di Kampung Kemat kelmarin. 

Rahamah Taib, 87, yang mengalami demam sejak beberapa hari lalu tidak mampu berjalan untuk mengharung banjir yang mula memenuhi pekarangan rumahnya pada pukul 6 petang.

 Anak lelakinya, Mamat Jusoh.53, berkata, tambah membimbangkan jambatan yang menjadi satu-satunya akses keluar darirumah mereka di jalan besar mula ditenggelami air pada pukul 3 petang.

"Saya segera pulang ke rumah mak (Rahamah) sebaik sahaja menyedari paras air sungal semakin menaik ekoran hujan lebat berterusan sejak awal pagi semalam (kelmarin), katany aketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Kemat semalam.

Kata Mamat, ibunya bukan sahaja uzur, malah dia bimbang sekiranya terlewat dibawa ke lokasi selamat, akses keluar akan terputus ekoran jambatan terbabit semakin ditenggelami air banjir. 

"Arus air sungai sangat laju yang boleh membahayakan nyawa kami sekiranya nekad mengharung jambatan yangditenggelami banjir terbabit. "Syukur ramai sudi membantu untuk membawa ibu saya ke PPS," katanya.

No comments:

Post a Comment