Translate

Monday, June 22, 2026

Janda 'jatuh cinta' dengan kenalan TikTok rugi RM20,90О

 KUALA TERENGGANU - Seorang balu berputih mata apabila wang simpanan peningga lan arwah suaminya berjumlah RM20,900 lesap selepas terpedaya dengan sindiket penipuan love scam pada minggu lalu. 

Wanita berusia 33 tahun itu terpedaya dengan lelaki dikenali menerusi aplikasi TikTok mem buat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azii Mohd. Noor berkata, mangsa mendakwa berkenalan dengan seorang lelaki, 5 November lalu. 

Beliau berkata, dia yang terpikat dengan mangsa telah menekan pautan diberi suspek sebelum dimasukkan ke dalam aplikasi Google Chat kononnya untuk perkenalan lanjut. 

"Mangsa yang juga suri rumah telah berhubung dengan suspek selama beberapa hari sebelum ditawarkan telefon bimbit dan sejumlah duit dalam mata wang Dolar kononnya sebagal hadiah perkenalan. 

"Beberapa hari kemudian. dia menerima e-mel kononnya memaklumkan 'hadiah kiriman suspek telah sampal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya. 

Azli berkata, begitupun wаnita itu diminta membuat pembayaran kepada sebuah syarikat kurier sebagai syarat kononnya mendapatkan barangan itu.

 "Mangsa yang teruja telah menggunakan wang simpanan peninggalan arwah suaminya untuk membuat pembayaran tersebut menerusi 14 transaksi ke tu Juh dalam akaun bank berbeza. 

"Begitupun, mangsa tetap di tuntut melakukan pembayaranlain atas pelbagai alasan tidakmunasabah selepas itu," katanya.

 Azli berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment