Translate

Tuesday, June 16, 2026

Jalan tidak rata, lopak air ancam pengguna jalan raya

MARANG - Permukaan jalan tidak sekata yang mewujudkan banyak lopak air di sepanjang Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Merchang di sini, merisikokan pengguna jalan raya terutama pada musim tengkujuh.  

Tinjauan Kosmo! mendapati, banyak lokasi di sepanjang jalan dari Pasir Puteh ke Jambu Bongkok di kedua-dua arah berisiko menyebabkan alr bertakung sekiranya cuaca hujan.

Seorang pengguna, Mazlan Md. Yatim, 45, berkata, dia mengambil langkah berhati-hati setiap kali melalui laluan itu terutama padamusim hujan.

 "Permukaan jalan tidak sekаta menyebabkan air hujan bertakung. Jadi kenderaan akan mudah hilang kawalan sekali gus meningkatkan risiko berlakunya kemalangan." katanya ketika ditemui kelmarin.

Menurut Mazlan, bilangan lopak air makin bertambah di laluan itu pada Monsun Timur Laut (MTL) ekoran taburan hujan tinggi. 

Jalan di Merchang juga berdepan kerosakan termasuk berlubang berikutan kekerapan hujan pada musim tengkujuh. 

Seorang lagi pengguna, Zairol Mohd. Ghani, 54, mengakui kejadian kemalangan kerap berlaku di laluan itu disebabkan kenderaan hilang kawalan akibat terlanggar lopak air.

 "Ada papan tanda permu kaan jalan licin dipasang, namun mungkin sebab laluan lurus, pemandu bawa laju sehingga gagal mengawal kenderaan apabila terlanggar lopak air," katanya. 

Kosmo! kelmarin melaporkan empat jurujual terlibat dalam nahas selepas kenderaan dinaiki melanggar lopak air di Kilometer 45, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Merchang.

Nahas meragut nyawa Ahmad Farid Izwan Mohd, 24, dan Muhammad Amir Ikmal Hashim, 20.

No comments:

Post a Comment