KUALA TERENGGANU- Secrang pemuda maut selepas motosikal jenis Honda EX5 dinaikinya dirempuh sebuah bas ekspres di Jalan Sultan Mahmud berhampiran persimpangan lampu isyarat Kuala Ibai di sini semalam.
Kejadian kira-kira pukul 1.45 pagi itu menyebabkan mangsa Muhammad Ameer Zikri, 20 meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rımahnya di Chendering dari Kuala Ibai di sini.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda EX5 dinaiki mangsa dikatakan tibatiba menukar laluan sehingga gagal dielak sebuah bas ekspres sebelum dia dirempuh.
"Bas membawa 25 penum pang itu dikatakan dalam perjalanan ke Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dari Jerantut, Pahang," katanуа ketika dihubungi semalam.
Azli berkata, impak kemalangan itu menyebabkan Muhammad Ameer tercampak ke Jalan raya.
Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit. Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk tindakan lanjut.
No comments:
Post a Comment