Translate

Sunday, June 14, 2026

Duda khalwat disebat dalam masjid

  

Oleh MOHD.AZLI ADLAN 

KUALA TERENGGANU- Seorang duda lima anak menjadi pesalah pertama di Terengganu yang dikenakan hukuman enam sebatan di khalayak ramai di sebuah masjid kerana kesalahan khalwat berulang.

 Hukuman itu diputuskan Hakim Kanan Syarie, Kamalruazmi Ismail selepas Mohd. Affendi Awang, 42, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut yang merupakan kesalahan kali ketiga tertuduh.

Hakim Kamalruazmi berkata, hukuman sebatan ke atas tukang rumah itu akan dilakukan di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Ladang di sini selepas solat Jumaat pada 6 Disember ini. 

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara enam bulan jika lelaki itu gagal membayar denda. 

Sebelum ini, Mohd. Affendi menjadi pesalah pertama yang dikenakan hukuman sebatan kerana berkhalwat dengan wanita berusia dalam lingkungan 30-an pada 25 Januari lalu, namun hukuman itu dilaksanakan secara tertutup di Penjara Marang. 

"Seorang mukmin itu tidak jatuh dalam lubang yang sama sebanyak dua kali. Kamu (Mohd. Affendi) pernah disebat (sebelum ini), tetapi buat lagi (berkhalwat). 

"Hukuman kali pertama (sebatan atas kesalahan khalwat) sepatutnya sudah memberikan keinsafan," katanya ketika membacakan penghakimannya semalam. 

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa bersama seorang wanita berusia 52 tahun yang bukan isteri dan mahramnya sehingga menimbul syak perbuatan tidak bermoral pada pukul 140 pagi, 16 Jun lalu.

 Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Pengkalan Ranggon, Kemaman. 

Mengikut fakta kes, serbuan yang dilakukan pasukan penguat kuasa Jabatan Hal Agama Islam Terengganu mendapati Mohd Affendi berdua-duaan bersama seorang wanita di ruang tamu rumah berkenaan. 

Bagi kesalahan itu, cdia didakwa mengikut Seksyen 3(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022. 

Seksyen itu memperuntuk kan hukuman sebatan maksi mum enam kali, denda sehingga RM5000 atau tiga tahun penjara bagikesalahan khalwat kali kedua dan seterusnya berkuat kuasa ada 1 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikanTimbalan Ketua Pendakwa Syarie,Nik Mohd. Shahril Irwan Mat Yusof. manakala tertuduh tidak di wakili peguam. 

Kosmo! pada 20 Februarilalu melaporkan Mohd. Affendi menjadi pesalah pertama yang dikenakan hukuman sebatan oleh Mahkamah Tingg Syariah Terengganu kerana melakukan kesalahan khalwat berulang.

 Lelaki itu dijatuhi hukuman empat sebatan dan denda sebanyakan RM3,000 selepas mengaku salah berkhalwat dengan seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an pada pukul 1.10 hingga 2.15pagi, 25 Januari lalu.

 Hukuman tersebut diputuskan oleh Hakim Syarie Hamidli Shafie. 

Mohd. Affendi yang mempunyai lima anak berusia 16 hingga 21 tahun juga pernah dikenakan denda RM2,700 juga atas kesalahan berkhalwat oleh Mahkamah Rendah Syariah Kemaman pada 11 Julai 2023. 

No comments:

Post a Comment