Translate

Monday, June 29, 2026

Ijazah tidak dapat, duit PTPTN habis angkara yaba

  

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA TERENGGANU-Seorang bekas penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyesal tidak sudah apabila masa depannya hancur gara-gara ketagihan pil kuda, tujuh tahun lalu.

 Sahar, 29, (bukan nama sebenar) berkata, penyalahgunaan dadah itu membuatkan dia bukan sahaja gagal menamatkan pengajian, malah menghabiskan ribuan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan sia-sia. 

Pemuda berusia 29 tahun itu memberitahu, pada mulanya dia mencuba pil kuda sekadar suka-suka kononnya bagi menguatkuatkan tenaga.

 "Bekalan (pil kuda) tidak sukar didapati daripada rakan-rakan sekampung dan kenalan rakan kuliah. Pada mulanya mereka memberinya secara percuma. Lama-lama saya perlu membelinya dengan harga semurah RM10 sebiji," katanya kepada Kosmol semalam. 

Sahar berkata, pada peringkat awal, pengambilan pil kuda atau yaba membuatnya cergas dan fokus dalam pelajaran. 

Jelasnya, dia mampu mengulang kaji pelajaran tanpa rasа mengantuk blarpun tidak tidur semalaman.

"Lama-larna saya jadi ketagih dan wang saku saya yang kebanyakannya merupakan pinjaman PTPTN dihabiskan begitu sahaja untuk membeli pil kuda. 

"Kehidupan saya menjadi tidak terurus, fikiran asyik tercelaru dan kemuncaknya saya mula berhalusinasi bukan-bukan sehingga memaksa saya menanguhkan pengajian dalam bidangkejuruteraan," ujarnya. 

Sahar berkata, rahsianya menjadi penagih dadah terbongkar selepas diketahui ibu bapanya tidak lama kemudian. 

"Hancur hati mereka dan saya tidak pernah kembali menyambung pengajian, sekali gus harapan untuk menggenggam segulung ijazah juga lebur. Apapun saya perlu berterima kasih kepada ibu bapa yang nekad menghantar saya ke pusat pemulihan dadah di Marang. 

"Saya kini memulakan kehidupan baru sebagal peniaga pakaian terpakai dan kini telah pulih daripada penagihan pil kuda dan akan lebih berhati-hati dalam memilih kawan," ujarnya.

No comments:

Post a Comment