Oleh MOHD. AZLI ADLAN dan NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
KEMAMAN - Seorang ibu tidak menyangka keterujaan dua anak perempuannya termasuk yang masih hilang mengikuti trip men- candat sotong buat kali pertama berakhir dengan tragedi apabila bot dinaiki mereka dirempuh tongkang di perairan Kuala Kemaman di sini kelmarin.
Haziyah Harun, 64, berkata, anaknya yang masih hilang. Aina Husna Muhammad Husaini, 25, yang merupakan juruterapi spa sanggup mengambil cuti tiga hari untuk mengikuti trip mencandat sotong berkenaan.
"Sebelum ini saya sudah tiga kali mencandat sotong di Tereng- ganu dan dua anak saya, Ain Farhana, 30, dan Aina Husna teru- ja mahu merasai pengalaman itu.
"Trip ini dirancang sejak tiga bulan lalu yang turut disertai ke- luarga kenalan dari Raub Pahang dan kawan-kawan anak," katanya ketika ditemul bersama suaminya, Muhamad Husaini Ayob, 60, di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan dua maut laitu Siti Zaminah Mohmad Zobini, 29, dan tekong bot, Shahril Ismail, 50, manakala dua lagi hilang setelah bot mencandat sotong dinaiki mereka dirempuh sebuah tongkang pada kedudukan kira-kira 15 kilometer dari perairan Kemaman.
Setakat pukul 5 petang semalam, Aina Husna dan Yusof Kassam, 66, masih hilang.
Haziyah yang menetap di Tasik Puteri, Rawang. Selangor berkata, sebelum kejadian, Aina Husna teruja apabila mendaratkan beberapa ekor sotong sebelum tidur pada kira-kira pukul З pagi.
"Saya teringat dia (Aina Husna) pernah pernah berseloroh ajalnya bakal menyusul tidak lama lagi sewaktu sepupu lelaki nya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Bukit Lanjan, Damansara, Julai lalu.
"Apapun saya harap dapat menemui segera tubuh anak sayа (Ain Husna) walau apapun keadaanriya," ujarnya.
Menceritakan kembali detik cemas tersebut, bot dinaiki mereka berlepas dari Jeti Bukit Kuang di sini pukul 5.30 petang Sabtu lalu dan sepatutnya dijadual bergerak pulang ke darat pada 11.30 pagi kelmarin..
Katanya, dia tersedar insiden dilanggar tongkang itu apabila mereka kesemuanya tercampak ke dalam laut dan bot terbalik lalu karam.
"Kami termasuk anak saya, Ain Farhana masing-masing berpaut pada tong ikan selama hampir dua jam sebelum diselamatkan sebuah bot nelayan.
"Sebelum itu, lambaian dan Jerit kami meminta tolong daripada beberapa bot nelayan yang lalu-lalang tidak disedari, katanya.
Zawiyah berkata, kelibat mereka hanya disedari nelayan sebuah bot yang berpusing balik untuk mengambil penutup tong ikan mereka yang terbang terjatuh ke dalam laut.
Terdahulu, Aina sempat berkongsi pengalaman kali pertamanya menyertai trip m mancing dan mencandat sotong.
Gadis itu telah memuat naik beberapa video di Instagramnya kurang 24 jam sebelum tragedi malang tersebut yang berlaku pada pukul 6.30 pagi.

No comments:
Post a Comment