KUALA TERENGGANU - Seorang ahli perniagaan berputih mata selepas kerugian lebin RM5.22 juta apabila menjadi mangsa skim pelaburan palsu yang kononnnya berpangkalan di China.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khalruddin berkata. pada mulanya lelaki warga emas itu tertarik dengan tawaran pelaburan saham di laman Facebook pada 1 September lalu.
"Mangsa yang berusia 67 tahun dijanjikan keuntungan sing kat dengan urusan pelaburan saham diuruskan suspek.
"Dia kemudian membuat pembayaran pertama RM30,000 setelah memuat turun aplikasi pelaburan diarahkan," katanya di sini semalam.
Katanya mangsa yang teruja melihat keuntungan meningkat menerusi paparan aplikasi terbabit telah menambah dua kali lagi pelaburan berjumlah keseluruhan RM70,000.
Tambahnya, pada peringkat awal, lelaki itu boleh mengeluarkan sebahagian keuntungan diperoleh berjumlah RM89,800.
"la meningkatkan keyakinan mangsa sehingga terdorong menambah pelaburan lagi sebanyak RM240.000.
"Begitupun kali ini, dia diarahkan untuk membuat pembayaran RM1 juta, kononnya sebagai caj pembahagian keuntungan bagi membuat pengeluaran," katanya.
Mohd. Khairi berkata, mangsa yang akur dengan arahan kemudian diminta pula membayar RM1.698,832.10 kononnya sebagai cukai atas keuntungan pelaburan saham tersebut.
Beliau berkata. lelaki warga emas itu juga membayar tambahan RM520,000 kononnya bagi siasatan Suruhanjaya Sekuriti.
Mangsa akhimya menyedaritertipu apabila masih gagal memperolehi keuntungan diharapkan walaupun sudah memenuhi semua arahan suspek menerusi 13 transaksi di tujuh akaun bank berbeza.
"Dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah KualaTerengganu di sini semalam (kelmarin). Kes disiasat mengikutSeksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
No comments:
Post a Comment