Translate

Sunday, June 21, 2026

Pengusaha kantin rugi RM131,000 ditipu scammer

KUALA TERENGGANU - Таkut wang simpanan dibekukan gara-gara tidak mengikut arahan 'pegawal polis', seorang pengusaha kantin sekolah akhirnya menanggung kerugian RM131,000 apabila menjadi mangsa penipuan online bulan lalu. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, mangsa yang berusia 48 tahun itu dihubungi suspek yang menyamar sebagal pegawai sebuah bank pukul 3.10 petang pada31 Julai lalu. 

"Suspek mendakwa akaun bank mangsa telah disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab sebelum panggilan itu disambungkan kepada individu lain kononnya pegawal polis. 

"Mangsa kemudiannya didakwa kononnya sedang dislasat melakukan aktiviti pengubahan wang haram," katanya ketika dihubungi Kosmol di sini semalam. 

Azli berkata, suspek telah mengarahkan pengusaha kantin terbabit mendedahkan makluAWAS SCAM mat peribadi dirinya dan isteri kononnya bagi tujuan siasatan. 

Tambah beliau, mangsa juga diarahkan memindahkan kesemua wang simpanannya ke tiga akaun bank berasingan yang diberikan kononnya untuk diaudit Bank Negara.

 "Suspek didakwa menakutnakutkan mangsa kononnya semua wang simpanannya akan dibekukan selain waran tangkap terhadapnya akan dikeluarkan sekiranya arahan tidak dipatuhi. 

"Dia juga berjanji wang simpanan mangsa akan dipulangkan semula setelah proses audit selesai dalam tempoh tiga hari," jelasnya.

 Azli berkata, pengusaha kan tin itu telah memindahkan wang simpanannya menerusi enam transaksi, namun pada akhirnуа menyedari ditipu setelah wang simpanan tidak dipulangkan suspek dalam tempoh tiga hari seperti dijanjikan. 

Lelaki itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada pukul 4.30 petang kelmarin. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment