Translate

Wednesday, June 3, 2026

Luluhan sejuk utara burukkan bah

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA NERUS - Taburan hujan lebat tahap bahaya yang melanda Pantai Timur khususnya Terengganu dan Kelantan sejak Selasa lalu hampir menyamal situasi banjir buruk menimpа kedua-dua negeri itu pada tahun 2014.

 Pakar klimatologi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Chung Jing Xiang berkata, hujan lebat tahap merah yang dijangka melanda Pantai Timur sehingga hari ini disumbangkan luluhan sejuk dari utara sejak seminggu lalu.

 "Monsun Timur Laut (MTL) yang sedang berlaku pada masa ini memang membawa taburan hujan tinggi terutama di Pantal Timur saban tahun. 

"Situasi pada masa ini diburukkan lagi oleh luluhan sejuk utara yang membawa kelembapan tinggi," katanya semalam. 

Jing Xiang menjelaskankelembapan dibawa luluhan sejuk kuat yang merentasi Laut China Selatan lalu memasuki Pantai Timur telah meningkatkan potensi hujan. 

Beliau berkata, situasi banjir di Kelantan yang bersempadan dengan Thailand, pula jauh lebih kompleks.

 "Selain MTL dan luluhan sejuk utara kuat, pembentukan hujan di Kelantan semakin galak disebabkan pergerakan pusat perolakan ke benua maritim. Atmosfera pusat perolakan yang menggalakkan pembentukan hujan tersebut kini berada pada fasa tiga dan empat Ayunan Madden-Julian,"katanya.

 Jing Xiang menambah, senario itu berkemungkinan akan diburukkan lagi oleh fenomena La Nina yang boleh meningkatkan taburan hujan di negara ini.

 Beliau berkata, berdasarkan laporan minggu Evolusi, Status dan Ramalan Ayunan Selatan El Nino (ENSO) dikeluarkan Pusat Ramalan Perubahan Cuaca pada 25 November lalu, impak La Nina masih belum tiba di negara ini. 

"Laporan itu mengatakan situasi ENSO kini pada status pengawasan La Nina iaitu berada pada tahap neutral tetapi perlu berjaga-jaga dengan impak La Nina. Fenomena ENSO yang mencetuskan La Nina boleh mempengaruhi pola cuaca semasa," katanya.

No comments:

Post a Comment