Translate

Thursday, June 18, 2026

Bapa percaya jasad Aina dalam bot

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Bapa Aina Husna, 25, percaya anak perempuannya yang masih hilang ketika mencandat sotong berkemungkinan berada dalam bangkai bot yang karam pada Ahad lalu. 

Menurut Muhammad Husaini Ayob, 60, nalurinya kuat mengatakan bahawa anak kelimanya itu bersama seorang lagi mangsa, Yusof Kassam, 66, terperangkap dalam bot berkenaan.

 “Mengikut cerita isteri (Haziyah Harun) dan anak ketiga (Ain Farahana) yang mengikuti trip sama, Aina mungkin tidak sempat selamatkan diri sewaktu bot terbalik akibat dilanggar tongkang kerana sedang tidur,” katanya ketika ditemui di pusat kawalan operasi di Kuala Kemaman semalam. 

Muhammad Husaini berkata, dia dan ahli keluarganya sedang menanti dengan penuh sabar dan berharap hasil selaman Skuadron Selam Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim Malaysia (APMM) berhasil.  

Menurut kontraktor itu, berdasarkan maklumat pihak berkuasa, bot tersebut karam pada kedudukana 23.47 meter di dasar laut. 

"Saya faham kerja-kerja penyelamanan berisiko kerana arus deras dan kadar penglihatan terhad, tapi itu mungkin ikhtiar untuk mencari anak saya yang masih hilang. Jika tidak jumpa (dalam bot) kami reda," katanya.

 Muhammad Husaini memberitahu, dia turut berusaha menjejaki Aina menerusi sistem kedudukan global (GPS) telefon pintar, IPhone anaknya yang berada dalam beg pinggang dipakai gadis tersebut.

 "Berdasarkan gambar yang dihantar isteri pada pukul 4.30 pagi (Ahad lalu), Aina yang sedang tidur masih memakai beg pinggang." katanya. 

Kosmo! kelmarin melaporkan dua maut, manakala dua masih hilang setelah bot dinaiki mereka untuk aktiviti mencandat sotong dan memancing dirempuh sebuah tongkang pada kedudukan 15 kilometer dari perairan Kuala Kemaman. 

Dua mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu disahkan sebagai Siti Zamimah Mohman Zobinl, 29. dan tekong bot, Shahril Ismail, 50, ditemukan kelmarin.

 

No comments:

Post a Comment