Oleh MOHD. AZLI ADLAN
MARANG – Pas dan Bersatu akan berkempen dengan jentera berasingan, namun menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, jentera parti itu hanya akan menumpukan kepada 11 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Kempen (Pas dan Bersatu) berbeza-beza. Dia (Bersatu) desak hendak logo (PN) itu juga.
“Itu kita akan bincang kemudian. Kita beri simbol (PN) kepada Bersatu agar tempat (pembahagian DUN bertanding) tidak bertindih dan kita pun masih belum pecat (singkir) Bersatu,” katanya di sini semalam.
Kelmarin Pas dan Bersatu secara berasingan mengumumkan bakal bertan ding 11 dan 16 kerusi DUN PRN Johor yang dijadual berlangsung pada 11 Julai depan.
Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi mengakui Pas yang bertanding 11 daripada 56 kerusi tidak meletakkan harapan untuk me rampas kepimpinan Johor.
Sebaliknya Ahli Parlimen Marang itu berkata, Pas cuma menyasar menjadi pembangkang yang mahu berfungsi sebagai penasihat baik kepada Kerajaan Negeri Johor kelak.
“Apa yang penting (kerajaan negeri) Johor akan diperintah orang Melayu Islam, tidak mahu dikuasai puak-puak liberal.
“Kita bertanding di 11 kerusi (DUN) yang dipilih negeri (Pas Johor). Insya-Allah mudah-mudahan (boleh menang) dengan salah seorang calon bekas Exco (Mazlan Bujang yang akan bertanding di DUN Kahang).
Dalam pada itu, Abdul Hadi memberitahu akan turun padang menghadiri hari penamaan calon Pas bagi DUN Maharani yang dijadual hari ini.
Beliau juga sudah merangka kempen bagi membantu calon-calon Pas menjelang hari pengundian pada 11 Julai depan.
Sebelum DUN Johor dibubarkan pada 1 Jun lalu, Barisan Nasional menerajui kerajaan negeri dengan penguasaan 40 kerusi.

No comments:
Post a Comment