Translate

Monday, December 15, 2025

Bekas pensyarah rugi RM90,541 ditipu scammer

KUALA TERENGGANU – Hasrat seorang pesara untuk meraih keuntungan berganda tidak kesampaian sebaliknya menanggung kerugian RM90,541 apabila diperdaya skim pelaburan tidak wujud. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, bekas pensyarah sebuah universiti awam di Kuala Nerus itu menerima mesej dari pada salah seorang kenalan Facebooknya yang menawarkan skim pelaburan berkenaan. 

 “Mangsa yang berminat te lah menyertai pelaburan itu. Dia semakin seronok apabila menerima pulangan RM2,767 menerusi tiga kali transaksi awal dilakukan. 

 “Pesara tersebut kemudian nya menambah lagi pelaburan sehingga RM90,541,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. 

Azli berkata, lelaki berusia 59 tahun itu mula curiga apabila menerima mesej pelik dari pada individu tidak dikenali kononnya wakil syarikat penga wasan siber pada Rabu lalu. 

Katanya, wakil syarikat itu mendakwa berlaku ralat pada transaksi terakhir pelaburan dilakukan mangsa kerana tidak memasukkan nombor rujukan. 

 Beliau berkata, mangsa ke mudiannya diarahkan untuk membayar denda RM31,400 berikutan kesalahan tersebut,” katanya. 

 Azli berkata, lelaki itu tam bah curiga apabila suspek mendakwa akan memulangkan wang pelaburan RM433,000 sekiranya melunaskan denda terbabit sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu di sini pada pukul 2.24 petang, semalam.

Mereka khianati ikrar satria, cemar nama ATM

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Tentera Darat Malaysia (TDM) akan memberi kerjasama penuh berhubung penahanan pegawainya kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan di selatan tanah air baru-baru ini.

Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Tengku Datuk Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim berkata, pihaknya tidak akan berkompromi soal pengkhiatan tersebut.

Beliau berkata, perbuatan menyalahgunakan kuasa bukan sahaja mengkhianati negara, malah mencemarkan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Apa yang ditekankan apabila masuk (perkhidmatan) tentera, kita ada ikrar satria antaranya menjaga rahsia negara seketat-ketatnya.

“Perbuatan itu bukan sahaja memberi imej buruk kepada mereka, bahkan organisasi tentera,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Penutup Kursus Asas Pasukan Atur Gerak Cepat (Apac) Siri 2/2025 di sini semalam.

Tengku Datuk Muhammad Fauzi berkata, penglibatan pegawai kanan tentera dalam sindiket penyeludupan dikhuatiri boleh menyebabkan kesetiaan dan perkhidmatan ATM terhadap negara diragui masyarakat.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, semua pihak terlibat walaupun berpangkat tinggi dalam ATM harus dikenakan tindakan mengikut undang-undang awam dan ketenteraan sekiranya benar-benar bersalah.

"Kita selalu tekankan aspek-aspek intigriti, hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga," katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis lalu berjaya melumpuhkan sindiket penyeludupan yang didalangi lima pegawai kanan ATM dalam Ops Sohor di selatan tanah air menerusi Ops Sohor.

Sumber memberitahu, lima pegawai kanan tentera berkenaan dan lima orang awam termasuk seorang warga Indonesia berusia antara 30 hingga 55 tahun telah ditangkap di sekitar Lembah Klang.

Sunday, December 14, 2025

‘Tali pinggang keledar bas perlu elok’

KUALA TERENGGANU - Sebuah syarikat pengendali bas ekspres diberi amaran keras berikutan kegagalan memastikan sebahagian tali pinggang penumpang berada dalam keadaan baik dan berfungsi.

 Dalam operasi penguatkuasaan kelmarin, dua penumpang wanita panik hampir disaman anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kera na tidak memakai tali pinggang keledar ekoran kegagalan aksesori tersebut berfungsi. 

 Pengarah JPJ Terengganu, Mohd. Zamri Samion berkata, dua gadis berusia dalam lingkungan 20-an itu dilepaskan apabila pemeriksaan mendapati tali pinggang keledar di kerusi penumpangnya benar benar mengalami kerosakan. 

Beliau berkata, sebaliknya pemandu bas ekspres terbabit diberi advokasi tegas kerana tidak memeriksa aksesori ber kenaan sebelum bergerak dari terminal bas. 

 “Ia tidak sepatutnya berlaku kerana bas ekspres itu masih baru dikeluarkan pada 2024.

 “Semakan terhadap keadaan bas termasuk memastikan tali pinggang keledar berfungsi dengan baik harus sentiasa dilakukan,” katanya ketika mengetuai operasi khas tersebut di Chen dering di sini kelmarin. 

 Mohd. Zamri berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan semua pengendali bas ekspres yang beroperasi di Terengganu berhubung penguatkuasaan pemakaian tali ping gang ke ledar oleh pemandu dan penumpang tersebut pada minggu depan. 

 Ujarnya, pertemuan itu akan memberi tumpuan agar semua tali pinggang keledar dipastikan berfungsi terutama bagi bas yang berusia lima tahun ke bawah. 

 Mohd. Zamri berkata, empat notis saman ketidakpatu han pemakaian tali pinggang keledar bas ekspres itu.

Pelajar SDAR daki Gunung Angsi

 


SEBAHAGIAN pelajar Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) bergambar kenangan ketika mendaki Gunung Angsi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Saturday, December 13, 2025

Mengaku ambil dadah nimetazeapam

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Pemandu bot yang terlibat dalam insiden bot terbalik sehingga mengorbankan tiga pelancong di Pulau Perhentian dekat sini Sabtu lalu mengaku bersalah menyalah guna dadah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Azrie Yazid, 22, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Majistret Nurliyana Md. Zukri.

Berdasarkan pertuduhan, Azrie didakwa memasukkan dalam dadah jenis Nimetazepam ke dalam badannya.

Dia didakwa berbuat demikian di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini pada pukul 10.05 pagi, 29 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1957 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Azrie dibebaskan dengan wang jaminan RM2,500 dan seorang penjamin.

Sebutan semula kes pada 4 September depan bagi menunggu laporan patologi ditetapkan 

Isnin lalu, Kosmo! melaporkan bot dipandu suspek yang membawa 15 penumpang berusia antara tiga hingga 40 tahun terbalik akibat dipukul ombak besar berhampiran Pulau Perhentian Besar, dekat sini. 

Kejadian pada pukul 10.30 malam itu mengorbankan S. Arumugam, 40, dan anaknya, A. Sarvihka,3, dan V.R. Vennpani, 10, manakala seorang kanak-kanak masih berada dalam keadaan kritikal.

Sewaktu kejadian, kesemua pelancong terbabit dalam perjalanan pulang ke resort penginapan selepas menyaksikan pertunjukan api di Long Beach, Pulau Perhentian Kecil.

Sanggup berhabis RM50,000 beli RXZ

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN dan ERMA YUSNIDA JUSOH

KUALA NERUS – Demi minat dan kepuasan peribadi, peminat Yamaha RXZ sanggup berhabis sehingga RM50,000 semata-mata mahu memiliki motosikal i­daman dua lejang itu. 

Malah, ada antara mereka meng­akui tidak kisah untuk me­ngeluarkan belanja yang besar selain sanggup menyimpan duit setiap bulan demi melunaskan impian yang terbina sejak zaman persekolahan.

 Nilai sentimental dan harga pasaran yang tinggi menyebabkan motosikal keluaran tahun 1980-an itu mendapat perhatian dan menjadi buruan peminatnya, lebih-lebih lagi menjelang Himpunan RXZ Members pada hujung minggu ini. 

Seorang peniaga makanan, Mohd. Raziki Mohd. Nordin, 38, berkata, dia membeli motosikal Yamaha RXZ keluaran 2005 pada harga RM50,000 tiga tahun lalu daripada seorang rakannya di Kuala Lumpur.

Daia yang menetap di Gong Badak di sini menegaskan tidak pernah menyesal malah berpuas hati dapat memiliki motosikal yang menjadi impiannya sejak kecil biarpun harga di pasaran ketika itu sekitar RM10,000.

"Saya kumpul duit beberapa tahun demi memiliki motosikal ini, Yamah RXZ keluaran tahun 2005 itu sangat istimewa kerana menggunakan spare part (alat ganti) baru," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mohd. Raziki berkata, motosikal tersebut hanya ditunggangi tidak lebih tiga kali setahun termasuk untuk menyertai Himpunan  RXZ Members di Litar Permotoran Terengganu di sini.

"Sayang hendak 'lenjan' motosikal ini lagi harganya agak mahal," katanya.

Seorang lagi peminat RXZ, Khairuddin Mohd. Suffi, 53, memberitahu dia membeli motosikal jenama itu bagi keluaran tahun 1987, lapan tahun alu dengan harga RM14,000.

"Ini motosikal Yamaha RXZ ketiga yang pernah saya miliki. Motosikal pertama dibeli pada 1995 pada harga RM18,000 dan yang kedua pada harga RM22,000 pada 2006.

"Isteri dan anak-anak merestui kerana memahami minat saya. Kesemua motosikal Yamaha RXZ  terbabit hanya untuk menyertai aktiviti riadah bersama rakan-rakan," katanya yang merupakan jurutera.

Sementara itu, Rifdi Imran Rosli, 33, berkata, dia tidak menyesal membelanjakan RM28,000 untuk membeli sebuah Yamaha RXZ keluaran 2007 dua tahun lalu yang merupakan idamannya sejak zaman persekolahan.

Katanya, motosikal yang dibeli daripada seorang rakan itu bukan sahaja memiliki nilai sentimental, malah merupakan aset yang masih mempunyai nilai pasaran tinggi dalam kalangan peminatnya.

"Ramai yang cakap mahal tetapi bagi saya berbaloi sebab motosikal ini mempunyai nilai koleksi dan permintaan tinggi, terutama sekiranya semua alat ganti masih original," katanya ketika ditemui di Kampung Manir di sini semalam.

Rifdi Imran yang merupakan ahli Kelab RXZ Generation Lifestyle berkata, motosikal dua lejang seperti Yamaha RXZ  kini semakin sukar diperoleh dalam keadaan asli dan terjaga sekaligus menyebabka hargana meningkat dari tahun ke tahun.

"Itu yang buat harganya naik. Barang spare part (alat ganti) pun bukan senang hendak dapat dan harganya pun bukan murah.

"Motosikal Yamaha RXZ semakin mendapat perhatian terutama menjelan acara Himpunan RXZ Members 7.0 hujung minggu ini," katanya.

Rifdi Imran berkata, harga motosikal itu semakin meningkat sewaktu penganjuran Himpunan RXZ Members kerana ia menghimpunkan puluhan ribu pemilik motosikal berkenaan dari seluruh negara.

Dalam pada itu, seorang pempengaruh dan juga pengasas produk kosmetik, Farhana Zahra turut menawarkan sebuah motosikal Yamaha RXZ Catalyzer pada harga RM1 jut di media sosial baru-baru ini.

Dia yang dikenali sebagai Cikna mendakwa telah membeli motosikal yang belum didaftarkan lagi dan masih asal dari kilang pada herga RM146,000 pada tahun lalu.

"Motosial ini unregister (belum daftar), NOS (barang baru stok lama) ori (asal) kilang.Satu di Malaysia dan ada dengan Cikna.

"Siapa kata RM1 juta mahal, demo tak kenal bare (barang). Satu sahaja tau di Malaysia, memang patut kita letak RM1 juta," katanya.

Friday, December 12, 2025

'Arwah mahu ziarah keluarga Nurly

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga, Wan Hasbullah Wan Abdul Halim, 42, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu - Kota Bahru kelmarin dikatakan merancang untuk menziarahi keluarga pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Allahyarham Nurly Shahirah Azman  di Kampung Gong Pasir, Besut.

Bagaimanapun, hasrat murni itu tidak kesampaian apabila motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Z1000 yang ditungganginya merempuh sebuah kereta yang sedang membelok ke simpang sebelah kanan.

Adik bongsu mangsa, Wan Zainul berkata, sewaktu kejadian, arwah abangnya yang aktif dalam kumpulan permotoran berkuasa tinggi, Alternatif Riding Club (ARC) dalam perjalanan ke Besut untuk menemui ahli ARC.

"Arwah abang merupakan pengerusi ARC Terengganu. Difahamkan dia mahu berjumpa anggota kelab dari Kedah.

"Mereka menginap di Besut untuk menyantuni keluarga pelajar Allahyarham Nurly di Besut," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di sini kelmarin.

Menurut Wan Zahid, arwah abangnya juga ada merancang untuk mengadakan majlis kesyukuran sempena perkahwinan kali kedua baru-baru ini.

"Abang baharu sahaja melangsungka perkahwinan dengan pasangannya minggu lalu.

"Arwah ada bercadang untuk mengadakan kenduri kesyukuran perkahwinan pada bulan September depan.

"Begitupun arwah belum menetapkan tarikh," katanya.

Terdahulu, jenazah Wan Hasbullah selamat dikebumikan dengan disaksikan lebih 2,000 ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan pada pukul 10 malam.

Hadi sama tiga anak arwah daripada perkahwinan terdahulu iaitu Wan Faqeh Hamdi, 9, Wan Fawas Syakir, 11, dan Wan Faishol Hokam, 13.

Begitupun, isteri baharunya, Wan Nazirah Wan Fauzi tidak kelihatan di tanah perkuburan.

Kosmo! semalam melaporkan seorang peniaga yang baru empat hari bernikah maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangi terlibat dalam kemalangan di KM 79, Jalan Kuala Terengganu - Kota Bahru berhampiran Kampung Guntung, Setiu.

Selatan Thailand dilanda banjir gelombang kedua

 

KUALA TERENGGANU - Banjir buruk yang berlaku di pusat bandar Hatyai, Thailand yang kini sudah memasuki gelom bang kedua dijangka berlarutan sekurang-kurangnya sehingga Khamis ini.

 Penyelidik Meteorologi Fakulti Sains dan Sekitaran Sains, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Chung Jing Xiang berkata, pusat pelancongan ter kenal di selatan Thailand itu diramal mengalami hujan lebat berlarutan sepanjang tempoh tersebut. 

 “Ramalan cuaca itu dikeluar kan agensi-agensi meteorologi antarabangsa seperti Europe an Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS) daripada National Oceanic and Atmospheric Administration, Amerika Syarikat. 

 “Hatyai diramal dilanda hujan lebat berterusan sehingga 27 November ini sehinggalah kelembapan yang sedang dialami di ka wasan itu berkurangan.

 “Kelembapan yang dibawa dari kawasan Laut China Selatan akan terputus berikutan ke jadian ribut taufan yang dijangka terbentuk di sekitar kawasan Filipina dalam tempoh berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sementara itu, Pengurus Besar Cuti Cuti Langkawi Sdn. Bhd., Dr. Baharin Baharom berkata, paras banjir di Hatyai dilaporkan naik semula semalam selepas surut kelmarin, dipercayai susulan gelombang kedua banjir. 

 “Semalam (kelmarin) masih nampak kereta, tetapi hari ini (semalam) sudah ada yang tenggelam dan saya difahamkan gelombang kedua lebih besar,” katanya. 

 Beliau berkata, semua rakyat Malaysia di Hotel Paradise termasuk kira-kira 40 warga emas dari Kelab Warga Emas Pontian, Johor masih terkandas. 

 “Kumpulan warga emas ini memerlukan bantuan ubat ubatan seperti untuk masalah jantung dan darah tinggi. Saya mohon pihak konsulat dapat membawa ubat atau membantu memindahkan warga emas dari hotel ini,” ujarnya. 

 Menurutnya, ketika ini bekalan elektrik sudah terputus dan tiada lagi bantuan generator. 

 “Hotel masih menyediakan makanan, namun hanya diberi pada waktu pagi dan tengah hari, manakala malam sudah tiada,” katanya

Thursday, December 11, 2025

Suri rumah ‘hangus’ RM105,700 diperdaya scammer

 DUNGUN – Seorang suri rumah kerugian RM105,700 selepas diperdaya sindiket penipuan atau scammmer yang mendakwa dia bakal dikenakan tindakan pe rundangan kerana terlibat dalam jenayah pengubahan wang haram. 

Mangsa berusia 41 tahun yang menyedari telah tertipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di sini kel digodam sebelum panggilannya disambung pula kepada suspek lain kononnya pegawai penyiasat polis marin. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, pada mulanya wanita tersebut telah dihubungi oleh individu memperkenalkan diri sebagai kakitangan Suruhan jaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 19 Julai lalu. 

“Mangsa didakwa kononnya nombor telefonnya telah digodam sebelum panggilannya disambung pula kepada suspek lain kononnya pegawai penyiasat polis.

 “‘Pegawai penyiasat’ itu ke mudian mendakwa pengadu terlibat dalam kes jenayah pengubahan wang haram sebelum panggilan terbabit disambung kepada suspek lain pula yang kononnya pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. 

Maizura berkata, suri rumah terbabit kemudian diarahkan membuat pemindahan wang kononnya untuk semakan siri wang tunai bagi penyelesaian kes. 

Beliau berkata, wanita tersebut yang ketakutan kemudian mengikut arahan suspek. 

“Mangsa memindahkan wang simpanannya berjumlah keseluruhan RM105,700 ke dalam empat akaun bank berbeza yang diberikan suspek. 

“Pemindahan wang berkenaan dilakukan menerusi 32 transaksi. 

 “Dia hanya menyedari tertipu selepas nombor telefonnya telah disekat oleh suspek,” katanya. Maizura berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sijil Profesional Falak UniSZA

 

Sebahagian 30 peserta menerima Sijil Profesional Falak anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin di Dewan Auditorium Al Zahrawi, Hospital Sultan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini.

Wednesday, December 10, 2025

Prof. Madya rugi RM172,000 diperdaya sindiket scam

 

KUALA TERENGGANU – Seorang pensyarah kanan sebuah universiti awam di Terengganu berpangkat Prof. Madya kerugian keseluruhan RM172,170 selepas menjadi mangsa dua sindiket penipuan iaitu skim pelaburan tidak wujud dan ‘love scam’ hanya dalam tempoh kira-kira seminggu. 

Lelaki berusia 54 tahun yang masingmasing kerugian RM162,170 akibat diperdaya skim pelaburan kripto palsu dan RM10,000 bagi ‘love scam’ itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 3.12 petang kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku selepas ahli akademik itu diperkenalkan dengan skim pelaburan kripto oleh seorang wanita kononnya dari Hong Kong yang dikenalinya menerusi aplikasi perkenalan, TilMatch pada 15 Julai lalu. 

 “Mangsa yang tertarik menyertai skim kripto itu telah membuat pelaburan keseluruhan RM162,700 yang merupakan simpanan peribadinya. 

 “Transaksi menerusi akaun Luno miliknya dilakukan sebanyak lima kali antara 19 Julai hingga 25 Julai lalu,” katanya semalam. 

Azli berkata, pensyarah kanan berkenaan hanya menyedari tertipu apabila tidak dapat mengeluarkan keuntungannya tetapi diarah pula oleh suspek untuk terus membuat pelaburan. 

Dalam pada sama, beliau berkata, lelaki itu berkenalan dengan seorang wanita lain menerusi aplikasi perkenalan sama, TilMatch pada 7.15 pagi, 27 Julai lalu sebelum mereka menjalin percintaan alam maya. 

 “Wanita itu mendakwa mahu menghantar barang kepada mangsa sebelum dihubungi sus pek lain kononnya wakil syarikat kurier yang meminta lelaki tersebut membayar RM4,000 dengan alasan sebagai sebahagian kos penghantaran,” katanya.

Santai Ukhwah Media Pejabat Menteri Besar Terengganu

 

 

Sebahagian pengamal media bergambar selepas diraikan dalam program Santai Ukhwah anjuran Pejabat Menteri Besar Terengganu di Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini.

Tuesday, December 9, 2025

Jurutera rugi RM114,000 ditipu scammer menyamar polis

 KEMAMAN – Disebabkan terlalu takut dikenakan tindakan undang-undang kerana didak wa kononnya terlibat dengan sindiket keldai akaun, seorang jurutera rugi RM114,000 akibat diperdaya sindiket penipuan atau scammer. 

Lelaki berusia 31 tahun yang menyedari tertipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, pada mulanya, mangsa telah dihubungi individu mendakwa kononnya pegawai Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

“Suspek mendakwa mangsa kononnya disyaki terlibat dalam sindiket keldai akaun.

 “Mangsa diarahkan membayar sejumlah wang bagi mengelakkan tindakan perundangan diambil ke atasnya,” katanya ke tika dihubungi Kosmo! di sini semalam. 

Mohd. Razi berkata, bimbang dengan dakwaan tersebut, ju rutera terbabit telah melakukan lima transaksi pindahan wang berjumlah keseluruhan RM114,000. 

Beliau berkata, transaksi itu dimasukkan menerusi empat akaun bank yang diberikan suspek antara 6 hingga 7 Jun lalu. 

“Mangsa menyedari telah ditipu setelah nombor telefonnya disekat suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

44 mat rempit termasuk Rohingya buat bising diberkas

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Perbuatan 44 lelaki termasuk dua etnik Rohingya dan 19 remaja bawah umur merempit dan membuat bising sehingga menggangu ketenteraman awam membawa padah apabila mereka diberkas polis dalam serbuan di Kampung Gong Kekabu, Bukit Payung di sini hari ini.

Serbuan pada pukul 12.30 tengah malam berkenaan melibatkan 24 pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Marang.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd. Sofian Redzuan berkata, serbuan itu dilakukan berikutan rungutan penduduk setempat tentang kelakuan kumpulan mat rempit berkenaan yang gemar berkumpul dan membuat bising terutama pada waktu malam dan awal pagi.

Beliau berkata, operasi menyasarkan lokasi perkumpulam mat rempit terbabit iaitu Jalan Kampung Gong Kekabu – Taman Safiah Murni berhampiran Kampung Gong Kekabu.

“Serbuan berjaya menahan 44 individu terdiri 19 remaja berusia antara 14 hingga 17 tahun.

“Selain itu, 25 lelaki dewasa termasuk dua warga asing etnik Rohingya berumur antara 18 dan 41 tahun turut diberkas dalam operasi sama,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Sofian berkata, operasi sama turut menyita 38 motosikal milik suspek mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati sebahagian motosikal suspek dikesan mengubahsuai ekzos kepada paip yang dipercayai punca bunyi bising rungutan penduduk setempat.

“Sebanyak 152 notis saman trafik atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan. Kesemua suspek telah di bawa ke Balai Polis Bukit Payung di sini untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Pasangan jatuh gaung tak sempat naik pelamin 25 Disember

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Hajat seorang guru dan pengusaha kantin sekolah untuk mengikat tali perkahwinan pada Hari Krismas ini tidak kesampaian apabila kenderaan dinaiki mereka jatuh ke dalam gaung di Kilometer 52, Jalan Kuala Jeneris–Sungai Gawi–Aring, Bukit Kawah, di sini semalam.

Kemalangan pada pukul 5.30 petang itu mengorbankan Hassan Shazali, 52, yang merupakan Penolong Kanan (Kokurikulum) Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir dan pasangannya, Suzaimah Che Azis, 34.

Mereka yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dikatakan melalui jalan tersebut yang sudah hampir setahun ditutup untuk kegunaan awam akibat tanah runtuh untuk pulang ke Kampung Lebir, Gua Musang, Kelantan dari Kuala Terengganu.

Ibu Suzaimah, Fauziah Mahmud, 58, berkata, Suzaimah yang merupakan ibu tunggal anak tiga merancang untuk melangsungkan pernikahan dengan Hassan pada 25 Disember ini.

“Kami merancang mengadakan majlis secara kecil-kecilan sahaja dengan sebahagian barang hantaran sudah disiapkan.

“Sayu saya dimaklumkan polis, pakaian pengantin antara yang dijumpai dalam kenderaan (Toyota Fortuner) dinaiki mereka,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini hari ini.

Fauziah berkata, dia dimaklumkan Suzaimah yang merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik keluar dari rumah mereka di Kampung Lebir pada pukul 11.30 pagi.

Katanya, pada mulanya, dia tidak tahu anak perempuan keluar dengan Hassan sehinggalah berlakunya kemalangan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Sorok dadah, air ketum dalam tong ikan

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya melumpuhkan aktiviti pengedaran dadah dan air ketum yang berselindung di sebalik jeti nelayan di daerah ini.

Serbuan pada pukul 4.30 pagi, 23 September lalu itu berjaya merampas 105 liter air ketum dan dadah iaitu heroin, ekstasi, pil kuda dan syabu dengan nilai keseluruhan RM139,130.

Pengarah Kastam Terengganu, Hasbollah Din berkata, jeti nelayan haram tersebut diserbu selepas risikan mendapati ia menjadi lokasi penyimpanan dua barang terlarang tersebut.

“Pemeriksaan menjumpai dadah yang disorokkan dalam tong ikan di dalam bilik di jeti nelayan berkenaan. Dadah dirampas ialah 190 gram heroin, 1,200 biji pil kuda, 2,099 biji pil ekstasi dan 128 gram syabu,” katanya di sini hari ini.

Hasbollah berkata, siasatan kes diteruskan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Lelaki sorong basikal melintas jalan patah paha digilis lori

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki yang tiba-tiba menyeberang jalan sambil menolak basikalnya nyaris maut selepas digilis sebuah lori di persimpangan lampu isyarat di Manir di sini semalam.

Kemalangan pada 5.30 petang itu menyebabkan mangsa berusia 42 tahun cedera parah pada bahagian paha kanan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, mangsa yang merupakan seorang penganggur dikatakan dalam perjalanan ke sebuah kedai makan di pekan Manir di sini dari rumahnya berhampiran.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, dia yang mengayuh basikal di tepi jalan dikatakan berhenti sebelum menuntun basikalnya untuk melintas jalan di hadapan sebuah lori.

“Kenderaan berat tersebut dikatakan sedang berhenti disebabkan lampu isyarat merah,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, pemandu lori berusia 48 tahun yang tidak menyedari kehadiran mangsa dikatakan terus bergerak selepas lampu isyarat bertukar hijau sebelum merempuh lelaki itu.

Beliau berkata, rempuhan tersebut menyebabkan mangsa terjatuh sebelum digilis.

“Mangsa yang cedera dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk menerima rawatan.

“Kes sedang disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Kampung Menerong, Kampung Angkat Madani UMT

 

 

KAKITANGAN dan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bergambar selepas menyertai program Kampung Angkat Madani UMT di Kampung Menerong Ajil, Hulu Terengganu, Terengganu baru-baru ini

Lebur RM77,889 diperdaya program affliate palsu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Hasrat seorang pembantu kedai makan menambah pendapatan menerusi program affiliate penjualan produk bukan sahaja tidak kesampaian malah dia pula kerugian RM77,889 akibat diperdaya sindiket penipuan atau ‘scammer’.

Lelaki berusia 34 tahun yang menyedari tertipu berkenaan telah membuat laporan berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 4.10 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, pembantu kedai makan tersebut ditawarkan peluang kerja sambilan tersebut oleh salah seorang kenalan media sosialnya menerusi aplikasi WhatsApp pada 4 Oktober lalu.

“Mangsa ditawarkan pulangan keuntungan 10 peratus menerusi program affiliate sekiranya berjaya menjual pakaian dan aksesori wanita.

“Dia yang tertarik telah diarahkan memuat naik dan mendaftar aplikasi bagi memulakan kerja sambilan berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Azli berkata, tidak lama kemudiaan, pembantu kedai makan tersebut gembira menerima pesanan daripada pelanggan menerusi aplikasi terbabit.

Beliau berkata, begitupun lelaki itu perlu membuat pembayaran kononnya ‘yuran proses’ bagi menyelesaikan transaksi pesanan pelanggan terbabit.

“Mangsa yang tidak syak apa-apa mengikut arahan tersebut. Selain menggunakan wang simpanannya, dia juga meminjam daripada saudara dan kawan bagi membayar ‘yuran proses’ berkenaan.

“Transaksi dilakukan secara berperingkat ke dalam enam akaun bank berbeza antara 16 Oktober hingga 26 November lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Monday, December 8, 2025

Latihan tayamum murid asnaf

 

 

Lima kanak-kanak ceria bergambar selepas menyertai praktikal tayamum pada program Asnaf Tuisyen Komuniti Etiqa di Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini.

Sunday, December 7, 2025

Didakwa salah guna kuasa arah pegawai lulus permohonan tanah anak

 KUALA TERENGGANU - Penolong Pegawai Tanah (ADO) Kanan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Kemaman diha dapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas tiga pertuduhan menyalah guna kuasa mengarahkan pegawai bawa hannya meluluskan permo honan tanah anaknya, empat tahun lalu. 

 Tertuduh, Md. Zaid Abd. Rahim, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli. 

 Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh yang merupakan Ketua Unit Pemberimilikan Permohonan Tanah Individu PTD Kemaman didakwa menggunakan kedudukannya mengarahkan penolong pegawai tanah agensi itu menukar pelan asal sebuah lot tanah di Mak Lagam, Kemaman dalam permohonan tanah individu anaknya. 

 Dia turut didakwa mengarahkan pembantu tadbir PTD Kemaman meminda keluasan asal sebuah lot tanah di Mak Lagam, terbabit daripada 650 meter persegi kepada 851 meter persegi dalam Rang Kertas Kerja Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. 

 Bagi pertuduhan ketiga, Md. Zaid didakwa mengarahkan Pembantu Tadbir Tinggi Unit Pelupusan PTD Kemaman memasukkan nama anaknya sebagai salah seorang pemo hon dalam Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Teluk Nyiur, Mak Lagam, Kemaman. 

 Ketiga-tiga pertuduhan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. 

 Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rabiatul Addawiah Mohd. Noor ee, manakala tertuduh pula diwakili peguam, Abdul Aziz Hassan. 

 Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat ja min RM9,000 dan seorang pen jamin dan kes disebut semula pada 7 Januari depan.

Saturday, December 6, 2025

Lelaki curi beg dua wanita bersolat diberkas

 

BESUT – Kelicikan seorang lelaki yang dipercayai terlibat kejadian mencuri bara ngan peribadi ahli kariah yang sedang mendirikan solat je maah di sebuah masjid di sini, terbongkar selepas dia ditahan di sini kelmarin. 

 Suspek berusia 30 tahun ditahan di sebuah rumah di Kampung Gong Tok Dor, Jerteh di sini pada pukul 7.20 pagi semalam.

 Ketua Polis Daerah Besut, Asisten Komisioner Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, tangkapan tersebut berikutan aduan dibuat ahli kariah Masjid Gong Mak Som, Kampung Raja di sini pada pukul 8.27 malam, Selasa lalu. 

 “Dua beg milik wanita yang bersolat isyak secara berjemaah di masjid terbabit didakwa telah dilarikan sus pek pada hari tersebut. 

 “Sewaktu kejadian, beg-beg berkenaan telah dile takkan di belakang mangsa,” katanya ketika dihubungi Kos mo! di sini semalam. 

 Azamuddin berkata, semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) masjid tersebut berjaya mengesan kelibat seorang lelaki yang dipercayai suspek. 

 Beliau berkata, berdasar kan rakaman CCTV terbabit, suspek telah memasuki ruangan solat jemaah wanita sebelum mencuri beg milik mangsa. 

 “Soal siasat awal mendapati suspek turut terlibat dalam kejadian mencuri di sebuah masjid lain di Jerteh,” katanya

Pegawai bank gigit jari, hilang RM50,000 dalam 10 hari

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Hasrat seorang pegawai bank untuk mengaut keuntungan berganda bukan sahaja lebur, malah dia kerugian sebanyak RM50,692 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud.

Mangsa yang menyedari tertipu membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Md. Sani Md. Saleh berkata, kejadian bermula apabila mangsa tertarik dengan iklan skim pelaburan yang dilihat di Facebook pada 23 November lalu.

“Skim pelaburan tersebut kononnya menawarkan keuntungan tinggi dalam masa singkat. Mangsa kemudian membayar modal pelaburan berjumlah RM50,692,” katanya hari ini.

Menurutnya, pembayaran itu dilakukan secara berperingkat ke dalam tujuh akaun bank yang diberikan oleh suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Friday, December 5, 2025

44 mat rempit termasuk Rohingya buat bising diberkas

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Perbuatan 44 lelaki termasuk dua etnik Rohingya dan 19 remaja bawah umur merempit dan membuat bising sehingga menggangu ketenteraman awam membawa padah apabila mereka diberkas polis dalam serbuan di Kampung Gong Kekabu, Bukit Payung di sini hari ini.

Serbuan pada pukul 12.30 tengah malam berkenaan melibatkan 24 pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Marang.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd. Sofian Redzuan berkata, serbuan itu dilakukan berikutan rungutan penduduk setempat tentang kelakuan kumpulan mat rempit berkenaan yang gemar berkumpul dan membuat bising terutama pada waktu malam dan awal pagi.

Beliau berkata, operasi menyasarkan lokasi perkumpulam mat rempit terbabit iaitu Jalan Kampung Gong Kekabu – Taman Safiah Murni berhampiran Kampung Gong Kekabu.

“Serbuan berjaya menahan 44 individu terdiri 19 remaja berusia antara 14 hingga 17 tahun.

“Selain itu, 25 lelaki dewasa termasuk dua warga asing etnik Rohingya berumur antara 18 dan 41 tahun turut diberkas dalam operasi sama,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Sofian berkata, operasi sama turut menyita 38 motosikal milik suspek mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati sebahagian motosikal suspek dikesan mengubahsuai ekzos kepada paip yang dipercayai punca bunyi bising rungutan penduduk setempat.

“Sebanyak 152 notis saman trafik atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan. Kesemua suspek telah di bawa ke Balai Polis Bukit Payung di sini untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Pola cuaca ekstrem ancam Asia Tenggara

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

RANTAU Asia Tenggara diuji dengan cuaca ekstrem sejak dua minggu lalu yang telah menjejaskan Vietnam, Thailand, Indonesia, Malaysia dan Filipina. 

Pembentukan lekukan yang membawa banjir besar, ribut tropika dan taufan tersebut antara paling aktif melanda Asia Tenggara dalam tempoh 30 tahun dan boleh dikatakan bencana alam kedua terburuk rantau ini dalam era moden selepas tsunami pada 2004.

Selain kerosakan harta benda dan infrastruktur awam, fenomena alam tersebut turut meragut banyak nyawa. Ribut Verbena yang merupakan antara paling dahsyat pernah melanda Vietnam meragut lebih 100 nyawa. 

Banjir besar melanda Selatan Thailand terutama Hatyai yang terburuk dalam tempoh 300 tahun pula telah menyebabkan lebih 150 kematian. 

Filipina juga menghadapi beberapa siri ribut taufan tidak henti-henti yang setakat ini telah meragut kira kira 259 nyawa. 

Ribut tropika Senyar yang tercetus pada 27 November lalu pula menyebabkan sekurang kurangnya 336 kematian di Sumatera, Indonesia manakala dua di Malaysia. 

 Impak cuaca ektrem pada Monsun Timur Laut (MTL) di negara ini juga menyebabkan banjir gelombang pertama yang biasanya hanya melanda Pantai Timur telah merebak ke semua negeri kecuali Johor. 

 Ancaman lekukan tropika ini tidak berhenti setakat minggu ini malah dijangka berterusan sehingga berakhirnya MTL pada Mac depan termasuk yang sedang bergerak ke barat laut Mukah, Sarawak mulai Ahad lalu. 

 Penyelidik Meteorologi Fakulti Sains dan Sekitaran Sains, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Chung Jing Xiang berkata, pola cuaca ekstrem yang melanda Asia Tenggara pada masa ini bukan sekadar disebabkan MTL malah kesan perubahan iklim dunia. 

 Beliau berkata, ribut tropika Senyar misalnya unik kerana buat julung kalinya disebabkan lekukan yang terbentuk di Selat Melaka yang sempit.

 “Ia berbeza dengan dua ribut tropika yang pernah melanda negara sebelum ini iaitu Greg dan Vamey masing-masing pada 26 Disember 1996 dan 26 Disember 2001. 

 “Kedua-dua ribut tropika terdahulu terbentuk disebabkan lekukan sistem tekanan rendah yang bergerak dari Kepulauan Borneo menerusi Laut China Selatan,” katanya kepada Kosmo!. 

 Jing Xiang berkata, pembentukan banyak lekukan menyebabkan ribut tersebut dipercayai berkait rapat dengan pertembungan fenomena Dipol Lautan Hindi dan La Nina. 

 Ujarnya, fenomena Dipol Lautan Hindi itu yang berada pada fasa negatif dan peningkatan suhu sebahagian perairan rantau Asia Tenggara disebabkan La Nina telah merangsang pembentukan lekukan. 

 “Itu hepotesis awal pola cuaca ektrem sedang melanda rantau Asia Tenggara termasuk negara kita pada masa ini. 

 “Kajian saintifik lanjut perlu dilakukan bagi kita lebih memahami mekanisme fenomena alam ini agar kita lebih bersedia menghadapinya pada masa depan,” katanya. 

 Jing Xiang berkata, perubahan iklim dunia yang sedang berlaku ini secara tidak langsung telah meningkatkan kemungkinan negara semakin terdedah dengan ancaman ribut tropika pada masa depan. 

 Beliau menyarankan agensi penyelamat agar membuat persediaan pengendalian ribut tropika daripada pihak berkuasa Filipina dan Vietnam yang lebih berpengalaman dengan ancaman bencana alam tersebut.

Thursday, December 4, 2025

Buruh binaan disyaki ‘pusher’ miliki 17 rekod jenayah diberkas polis

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang buruh binaan yang disyaki ‘pusher’ diberkas polis bersama bekalan dadah di tepi Jalan Kampung Pulau Manis – Telemong, Manir di sini semalam.

Lelaki berusia 45 tahun tersebut ditahan bersama dadah dipercayai heroin dan pil yaba pada pukul 2 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, suspek yang sedang menunggang motosikal Yamaha FZ150 dalam keadaan mencurigakan telah ditahan sepasukan anggota polis di tepi jalan berkenaan.

“Pemeriksaan pada beg berwarna coklat dipakai suspek telah menemukan lima botol mengandungi serbuk putih disyaki heroin seberat kira-kira 32.79 gram. Selain itu, sembilan paket plastik mengandungi pil berwarna merah disyaki pil yaba seberat kira-kira 12.9 gram juga dijumpai,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, soal siasat awal mendapati buruh binaan tersebut mengaku memperolehi bekalan dadah berkenaan daripada seorang pengedar tempatan untuk dijual.

Beliau berkata, semakan juga mendapati suspek yang positif dadah jenis mop memiliki 17 rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan bahan terlarang tersebut.

“Bekalan dadah berjumlah keseluruhan RM3,727 dirampas. Sitaan turut melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha FZ150 bernilai RM5,000,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Air pasang besar di Terengganu hingga 10 Disember

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Penduduk 41 perkampungan yang terletak di 12 muara sungai di lima daerah di Terengganu berisiko kembali dilanda banjir berikutan fenomena air pasang besar selama seminggu sehingga Rabu depan.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Ir. Osman Abdullah berkata, ia melibatkan Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Dungun Marang dan Setiu.

Beliau berkata, kesemua 41 penempatan tersebut berisiko dilanda banjir sekiranya hujan lebat berterusan bertembung dengan fenomena air pasang besar sepanjang tempoh tersebut.

“Lokasi berisiko yang dikenalpasti di Kuala Terengganu ialau Kampung Kubang Ikan, Kampung Kuala Ibai, Taman Purnama, Kampung Pulau Rusa, Kampung Sekati dan Kampung Pulau Ketam.

“Kampung Baru Seberang Takir, Kampung Seberang Takir, Kampung Ulu Takir, Kampung Pak Tuyu dan Kampung Tanjung Gelam di Kuala Nerus juga berisiko banjir,” katanya di sini hari ini.

Osman berkata, pemantauan juga dilakukan di Kampung Seberang Pintasan, Kampung Teluk Bidara, Kampung Tanjung Jara, Kg Che Lijah, Kampung Alor Makbah dan Kampung Bijangga, Dungun.

Beliau berkata, kawasan lain di Dungun yang turut dikhuatiri terjejas ialah Kampung Sungai Buaya, Kampung Sura, Kampung Kuala Paka, Kampung Tebing Tembah, Kampung Pinang Merah dan Kampung Durian Mentangau.

“Bagi daerah Marang pula, lokasi berisiko ialah Kampung Rusila, Kampung Rhu Dua, Kampung Rhu Rendang, Kampung Mercang, Kampung Pulau Rusa Baru.

“Selain itu, Kampung Gong Batu, Kampung Pengkalan Gelap, Kampung Limau Nipis, Kampung Kuala Setiu, Kampung Fikiri dan Kampung Telaga Papan juga dikhuatiri terjejas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Banjir Terengganu pulih sepenuhnya

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang pertama yang melanda Terengganu sejak 21 November lalu pulih sepenuhnya.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) berkata, satu-satu pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol di sini menutup operasi pada pukul 8 malam tadi.

“Seramai 31 mangsa daripada 20 keluarga yang menghuni PPS itu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Sehubungan itu, semua PPS yang dibuka di Terengganu sebelum ini telah ditutup sepenuhnya,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, kesemua lapan daerah di negeri ini terjejas banjir melibatkan lebih 10,000 mangsa. – KOSMO! ONLINE

Subuh terakhir pak cik Awang

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Hasrat seorang lelaki warga emas untuk menunaikan solat subuh berjemaah di masjid tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Jalan Batu Hampar, Manir di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa, Awang Mat Amin, 79, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, Awang yang menunggang motosikal Honda EX5 dikatakan dalam perjalanan ke Masjid Kampung Batu Hampar di sini dari rumahnya sekitar kawasan berhampiran.

“Kemalangan dikatakan berlaku selepas motosikal dinaiki mangsa dikatakan tiba-tiba keluar simpang lalu gagal dielak oleh sebuah kereta Perodua Myvi dipandu seorang jururawat.

“Sewaktu kejadian, jururawat wanita berusia 36 tahun tersebut dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah pusat perubatan di Gong Badak, Kuala Nerus dari rumahnya di Kuala Berang, Hulu Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, impak rempuhan tersebut menyebabkan Awang tercampak ke jalan raya.

Beliau berkata, pemeriksaan pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan lelaki warga emas tersebut telah meninggal dunia dan mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Labur RM136,400, dapat pulangan cuma RM700

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Hasrat seorang peniaga untuk meraih keuntungan berganda tidak kesampaian malah dia pula kerugian RM136,400 akibat diperdaya skim pelaburan yang tidak wujud.

Lelaki berusia 51 tahun yang sekadar memperolehi pulangan pelaburan awal sebanyak RM700 membuat laporan berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Razi Rosli berkata, pada mulanya, lelaki tersebut tertarik dengan iklan skim pelaburan berkenaan yang dilihatnya menerusi laman Facebook pada 2 Oktober lalu.

“Mangsa yang berminat telah berhubung dengan suspek yang mengaku kononnya penganjur skim pelaburan berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp. Dia kemudiannya membuat pelaburan keseluruhan RM136,400,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Razi berkata, pembayaran modal pelaburan itu dilakukan peniaga tersebut menerusi 33 transaksi ke dalam lapan akaun bank berasingan antara 5 Oktober hingga kelmarin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

‘Scammer’ tempah e-hailing suruh warga emas pindah wang RM39,000

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita warga emas berusia 72 tahun yang didakwa kononnya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram kerugian RM39,000 akibat diperdaya sindiket penipuan atau scammer.

Ibu tunggal 10 anak yang kematian suami kira-kira 10 tahun tersebut membuat laporan berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini pada pukul 10.23 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, wanita warga emas yang tinggal bersendirian tersebut dihubungi suspek mengaku kononnya wakil sebuah syarikat insurans pada 21 Oktober lalu.

“Mangsa yang ketika itu berada di rumahnya di Simpang Tok Ku di sini gelabah apabila didakwa suspek kononnya telah membuat tuntutan berjumlah RM68,000 bagi rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

“Panggilan seterusnya disambung konon nya ke IPD Petaling Jaya. Wanita warga emas berkenaan bertambah panik apabila didakwa pula terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, suspek kemudiannya mengertak ibu tunggal berkenaan membuat pembayaran sekiranya tidak mahu waran tangkap terhadapnya dikeluarkan.

“Mangsa membuat pembayaran keseluruhan RM39,000 menerusi sembilan transaksi ke dalam akaun bank diberi suspek. Transaksi pindahan wang tersebut berlaku antara pukul 11.08 pagi, 24 November hingga pukul 10.25 pagi, 27 November lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE