Translate

Wednesday, June 7, 2017

Mercun dan bunga api bernilai RM40,000 dirampas, empat penjual dan pengedar ditahan


KUALA TERENGGANU - Polis berjaya merampas ribuan mercun dan bunga api pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai kira-kira RM40,000 dalam tiga serbuan di sekitar bandar raya ini dan Kuala Nerus dari Sabtu hingga hari ini.
Empat lelaki berusia dalam lingkunagn 17 hingga 46 tahun turut ditahan kerana dipercayai menjual dan mengedar mercun dan bunga api terbabit secara haram. Antara mercun dan bunga api yang dirampas berkenaan ialah mercun bola, mercun papan, mercun mancis, Happy Boob, Magic Boom, Moon Traveller ,Firework, Sky Thunder dan Magical Shot.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar berkata, serbuan pertama melibatkan penahanan dua lelaki berusia 17 dan 24 tahun yang membawa bungkusan mengandungi mercun dan bunga api bernilai RM600 di Bazar Ramadan Pekan Batu Enam, Kuala Nerus pada Sabtu lalu.
"Serbuan kedua pula berjaya menahan seorang lelaki berusia 30 tahun yang menyimpan mercun dan bunga api bernilai RM4,000 di sebuah rumah di Kampung Padang, Gong Tok Nasek di sini pada pukul 2.28 pagi semalam.
"Seorang lagi suspek berusia 46 tahun pula ditahan membawa 15 guni dan enam kotak yang mengandungi mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM8,000 di dalam sebuah van jenis Toyota Hiece di Jalan Kampung Tok Mohor di sini pada pukul 4.15 pagi tadi" katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment