Translate

Saturday, February 3, 2024

Banjir: 1,812 mangsa masih terjejas di Terengganu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir di Terengganu hari ini tidak jauh berubah dengan 1,812 mangsa daripada 515 keluarga masih berada di 24 pusat pemindahan sementara (PPS).

Kesemua PPS tersebut dibuka di empat daerah di negeri ini iaitu Dungun, Besut, Hulu Terengganu dan Setiu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Dungun kekal daerah paling terjejas dengan 1,188 mangsa daripada 348 keluarga berada di 10 PPS.

“Seramai 416 mangsa daripada 98 keluarga pula berada di tujuh PPS di Besut.

“Sebanyak tiga PPS masih aktif di Hulu Terengganu dengan menempatkan 121 mangsa daripada 54 keluarga,” katanya di sini hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Setiu pula masih mempunyai 87 mangsa daripada 15 keluarga.

Beliau berkata, mereka kini masih berlindung di empat PPS di sekitar Setiu. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment