Translate

Saturday, February 3, 2024

Banjir gelombang keempat: 1,559 mangsa di Terengganu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang keempat yang melanda Terengganu sejak kelmarin telah merebak ke lima daerah melibatkan 1,559 mangsa daripada 471 keluarga.

Setakat ini, sebanyak 32 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Besut, Setiu, Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Besut menjadi daerah paling terjejas dengan 516 mangsa daripada 147 keluarga berada di lapan PPS.

“Seramai 454 mangsa daripada 144 keluarga pula berada di sembilan PPS di Setiu

“Sebanyak empat PPS yang menempatkan 283 mangsa daripada 86 keluarga dibuka di Dungun,” katanya di sini hari ini.

Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Hulu Terengganu pula mempunyai sembilan PPS yang menempatkan 282 mangsa daripada 88 keluarga.

Tambah beliau, seramai 24 mangsa daripada enam keluarga berada di dua PPS di Kemaman. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment