Translate

Friday, February 2, 2024

Mangsa banjir Terengganu kekal 463 orang

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir gelombang keempat Terengganu kekal 463 orang di Hulu Dungun.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, 149 keluarga tersebut masih berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor.

“Seramai 237 mangsa daripada 88 keluarga di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja.

“PPS Dewan Serbaguna Kampung Shukor pula masih mempunyai 226 mangsa daripada 61 keluarga,” katanya di sini hari ini.

Banjir gelombang keempat mula melanda Terengganu pada 23 Januari lalu melibatkan hampir 2,000 orang.

Ia melibatkan lima daerah iaitu Dungun, Hulu Terengganu, Besut, Marang dan Setiu. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment