Translate

Saturday, February 3, 2024

Banjir: Mangsa banjir Terengganu meningkat 1,942 orang

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir gelombang keempat di Terengganu hari ini meningkat sedikit kepada 1,942 orang daripada 535 keluarga.

Mereka berada di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah iaitu Besut, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Besut menjadi daerah paling terjejas dengan 744 mangsa daripada 182 keluarga kini berada di 16 PPS.

“Seramai 700 mangsa daripada 195 keluarga pula ditempatkan di lima PPS di Dungun.

“Sebanyak lima PPS yang menempatkan 316 mangsa daripada 106 keluarga di Hulu Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Setiu pula mempunyai 182 mangsa daripada 52 keluarga di enam PPS. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment