Translate

Saturday, February 3, 2024

Banjir: Hulu Dungun bergelap, TNB tutup bekalan elektrik

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa menutup bekalan eletrik di Hulu Dungun ekoran paras banjir yang semakin meningkat di kawasan itu pada masa ini.

Jurucakap TNB berkata, gangguan bekalan elektrik bermula pukul 6 petang tersebut melibatkan empat perkampungan di mukim berkenaan.

“Kawasan yang terjejas ialah Kampung Shukor, Kampung Klibang, Kampung Pasir Raja selain Mini Hidro Cheralak.

“Tindakan menutup sementara bekalan elektrik ini terpaksa diambil demi keselamatan penduduk terlibat,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap TNB berkata, penduduk terbabit dimohon agar bersabar sehingga bekalan elektrik disambung semula setelah banjir surut.

Tambah beliau, mereka juga dinasihatkan tidak menghidupkan peralatan elektrik sekiranya palam atau soket alir keluar berada dalam keadaan basah atau dilitupi sisa banjir.

“Jauhi pepasangan elektrik yang terendam air banjir bagi mengelakkan risiko kebocoran arus yang boleh mengancam nyawa,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

No comments:

Post a Comment