Translate

Sunday, February 4, 2024

Terengganu kembali dilanda banjir gelombang keempat

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Terengganu kembali dilanda banjir gelombang keempat Monsun Timur Laur (MTL) berikutan hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi.

Setakat ini, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 24 mangsa daripada tujuh keluarga telah dibuka di Marang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, seramai 12 mangsa daripada tiga keluarga telah berpindah ke PPS Dewan Orang Ramai Bukit Parit.

“PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai pula mempunyai enam mangsa daripada dua keluarga.

“Seramai enam mangsa daripada dua keluarga pula berada di PPS Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang,” katanya.

Sekretariat JPBN Terengganu berkata, banjir di kawasan tersebut disebabkan limpahan Sungai Padang Terik, Marang ekoran hujan lebat.

Tambahnya, paras sungai itu kini semakin menurun ekoran hujan sudah renyai. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment