Translate

Saturday, August 8, 2020

Pegawai UMT rasuah dipenjara

 KUALA TERENGGANU - Perbuatan seorang pegawai Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima suapan bagi meluluskan kerja pembekalan berbalas apabila dia dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Jamaludin Mat memerintahkan tertuduh, Fazrul Hassan, 41, yang merupakan Penolong Kanan Pendaftar Pusat Pengajian Sains Asas UMT didenda RM89,000.

Tertuduh turut berdepan penjara tambahan 12 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Fazrul didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan daripada syarikat perabot sebagai dorongan meluluskan kerja-kerja pembekalan kerusi dan meja.

No comments:

Post a Comment