KUALA TERENGGANU - Perbuatan seorang pemandu lori menerima harta curi berupa wang tunai RM30,000 yang didapati menerusi sindiket penipuan kad pengeluaran wang automatik (ATM) pada dua tahun lalu membawa padah apabila dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Sharuddin Sulaiman, 49, selepas tertuduh didapati bersalah pada akhir kes pembelaan.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menerima harta curi berupa wang tunai RM30,000 milik seorang warga emas berusia 60 tahun.
Perbuatan tertuduh didakwa dilakukan di sebuah bank di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada pukul 11.30 pagi 8 Ogos 2018.
Sharuddin didakwa mengikut Seksyen Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Abdul Hayyi membenarkan permohonan penangguhan hukuman penjara 12 bulan oleh tertuduh yang akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi.
No comments:
Post a Comment